Posts

Showing posts from 2016

Macam mana nak jual?

Last nite i was chit chatting with a real estate agent and he was asking for my opinion on selling. Im sure in dis room there are a few property agent. Well...may be u can share some thoughts on ur selling process/technics. Boleh kita belajar sama2. My opinion, when u sell u hv to go in dis order: 1. Why 2. How 3. What People need to know why dey shld buy ur product (or property) - WHY. Means, what can it solve hence da benefit of ur prods to dem - HOW. Then comes ur prods - WHAT I was in Property & Resort Development  since 2005-2012...whenever we sell a home or land...we never start with da products. We always start with A DREAM. We sell dem a dream and/or what can dey achieve - WHY. To achieve da dream may be u can start talking abt da amenities, facilities, surrounding areas, etc - HOW. Alas, now dat dey knw da dream and how to achieve it...then comes ur prod - WHAT. If u juz show dem a piece of land...silap2 hutan semak pun tak clear lagi. By da looks o

4 Tips Kekal Produktif

Image
Setiap hari mesti ada progres. Walaupun kita cuma buat satu atau dua benda yang produktif untuk perniagaan kita. Ini akan membantu untuk kita melangkah setapak demi setapak ke arah mencapai matlamat dan kejayaan perniagaan kita. Dalam video ini akan dikongsikan 4 tips untuk kita kekal produktif. Ikuti perkembangan program Learn-2-Win di http://www.bigniaga.com/VIPlist Rujukan: Learn-2-Win #5: Tips Mula Berniaga https://youtu.be/p-eco9472c0 Learn-2-Win #2: Sebab Anda Belum Bersedia Jadi Usahawan https://youtu.be/LsxgOdCyRzQ

Tak ada duit pun boleh berniaga...

Image
Persepsi popular dikalangan ramai orang ialah tiada wang tak boleh berniaga. Disebabkan ini, ramai orang yang berhasrat nak mula berniaga tak jadi. Video ini akan menghuraikan 5 Modal Perniagaan yang kita boleh pakai untuk memulakan sesebuah perniagaan. Tak semestinya nak mula berniaga perlu ada wang.

Jangan mulakan bisnes sebelum tengok video ni..

Image
Ramai orang yang mula nak berniaga, tertanya2 apakah yang patut tahu atau apakah yang patut dibuat sebelum berniaga. Ada juga yang masih takut2 untuk memulakan bisnes. Dalam video Tips Mula Berniaga ini akan dipaparkan beberapa tips yang perlu anda ketahui sebelum memulakan bisnes anda.

PELANGGAN TAK PUAS HATI!!

Image
Ramai usahawan lebih fokus kepada pengurusan perniagaan ataupun kepada produk2 mereka sampai kepuasan pelanggan diabaikan. Pelanggan akan bayar untuk produk2 kita dan ini juga akan menetukan turun naik perniagaan kita. Jadi amat penting untuk kita ambil tahu kepuasan pelanggan kita. Boleh juga kita gunakan info ni untuk penambahbaikkan perniagaan kita.

Kenapa selalu mula dengan MINDSET?

Image
Kadang2 kita terlepas pandang apa yang lebih penting apabila kita mahu mula berniaga. Mindset yang baik akan membentuk kita untuk menjadi seorang usahawan yang lebih berkualiti dan seterusnya akan membuatkan bisnes kita pun berkualiti.

5 Tanda-tanda Anda Belum Bersedia Jadi Bisnesman

Image
Sebelum bertukar karier menjadi seorang usahawan, ada baiknya kita cek dulu beberapa perkara. Dalam video ini dikongsikan lima tanda2 yang menunjukkan kita belum bersedia untuk menjadi seorang usahawan. Tak salah untuk bermimpi indah, tapi jangan sampai mimpi itu menjadi satu mimpi ngeri dalam hidup kita. Saksikan video ini.

Merancang perancangan...

Salam usahawan luar biasa! Apa saja yang ingin kita lakukan, kita mesti merancang untuknya. Termasuk juga dengan bisnes. Memang bagus untuk sesebuah bisnes ada perancangan supaya, setidak2nya, kita tahu apa yang harus dibuat mengikut peringkat atau masanya. Tapi, ia tidak bagus apabila :- Kita terlalu memikirkan sesuatu perancangan, terlalu terperinci,  sehinggakan kita tak buat apa2 langsung akhirnya. Ataupun kita nak tunggu sampai kita dapat satu "perfect plan". Perancangan bisnes "atas kertas" memang cantik ataupun boleh menjadi perfect. Tapi, sebaik2 perancangan ialah apabila kita mulakan bisnes tu. Kalau kita tak mula, kita tak akan tahu samada perancangan tu benar2 bagus seperti yang kita sangkakan ataupun tidak. Jadi, buat satu perancangan dan ambil tindakan untuk memulakan bisnes anda. Lepas tu, bila bisnes dah mula dan berjalan kita boleh tengok balik, ok tak perancangan kita tu dan kita tambahbaikkan mengikut keadaan. Baru la kita boleh dapat satu p

Rahsia Untuk Menjadi Manusia Hebat

Image

Nak berniaga? Jangan buat ni...

Banyak perkara yang kita kena buat atau sediakan sebelum kita mula berniaga.  Tapi ada beberapa perkara yang kita TAK patut lakukan. Setengah orang tahu yang kita tak boleh buat perkara ni, tapi kadang2 tak perasan. Ok, so, amendenya? Berikut adalah satu senarai beberapa perkara2 asas yang tak patut kita lakukan apabila nak mula berniaga: 1. PILIH BISNES YANG SALAH. Mungkin kita mula satu bisnes tanpa mengetahui kehendak pasaran. Atau pilih bisnes yang kita kurang minat atau berpengetahuan. 2. NAK BUAT PERFECT PLAN . Nak berniaga mesti ada perancangan. Ada strategi. Tapi tak perlu nak tunggu sampai ada perfect plan baru nak mula bisnes. Ada setengahnya tu, terlalu mahukan satu perfect plan sampai last2 bisnes pun tak start2. Sebab plan yang terbaik akan datang apabila kita dah mula berniaga. Belum mula macam mana nak tahu ianya perfect ke tidak. Bak kata orang, belum try belum tahu. 3. BERBELANJA TAK IKUT KEPERLUAN Ramai orang bila mula nak berniaga

Berniaga: cerita lain, jadiknye lain...

Assalamualaikum geng.  Ni nak habaq bagi...Mesti kita pernah masuk satu kedai atau restoran di mana banyak benda diorang jual tapi tak semua ada. Masuk kedai tomyam, tapi semangkuk tomyam pun tak jual! Haaah camana tu!? BUKU MENU Kengkadang tu ada restoran, menu diorang dah boleh buat buku. 4-5 mukasurat. Tapi bila kita mintak... "Maaf encik, hari ni mee bandung tak ada" Terpaksa kita tukar selera, mintak benda lain.. "Maaf encik, mee siam pun tak ada" Habis korang ni nak berniaga ke tidak ? Kengkadang tu, makanan keistimewaan diorang pun boleh tak ada. Kita kena ingat, terutamanya kalau kita terkenal dengan menu tu, tolong pastikan ianya sentiasa ada. Itu identiti bisnes kita. Mesti ramai pelanggan yang datang ke kedai kita akan cari makanan tu. Kalau asyik tak ada je, sorry la, lepas ni diorang akan malas nak datang lagi. Kadang2 tak perlu menu banyak2. Lagi banyak menu, lagi banyak stok kena beli. Dan kalau geng dapur

Buat Duit: Nak buat bisnes, tapi bisnes apa?

(updated: 15 Julai 2016) Ada entri saya yang lepas, Masa Depan Anda, Pilihan Anda di mana saya ada mencadangkan untuk berniaga sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan tahap kewangan. Saya dah berjumpa ramai orang yang nak berniaga tapi tak tahu nak meniaga apa. Dulu masa saya nak mula berniaga pun, tercari2 jugak idea nak berniaga. Cadangan yang paling mudah ialah mula berniaga dengan apa yang kita suka buat. Kata lah kita suka main golf, mungkin kita boleh mula dengan buat driving range  atau kedai menjual barang kelengkapan golf. Ini adalah lebih baik kerana bisnes memerlukan minat. Ataupun, kita boleh berniaga dengan apa yang kita pandai. Setiap orang mesti ada kelebihan masing2, jadi apakah kelebihan anda? Mungkin anda pandai bermain alat muzik, jadi kita boleh mula dengan kelas latihan alat muzik. Seterusnya, kita kena menilai rancangan perniagaan kita tu samada kena tak dengan, sebagai contoh, kemampuan, lokasi ataupun komuniti kita. Kalau kita nak buka bis

Ramadhan berlalu, Syawal menjelma..

Image
Ramadhan dah sampai di penghujung, sekarang bertemu lah dengan Syawal. Sedih bercampur gembira. Harapnya, Ramadhan kali ini adalah yang lebih baik untuk kita daripada tahun2 yang lepas.  Mulianya Allah kerana telah mengurniakan kita dengan satu bulan bonus untuk kita beribadah kepadaNya dan kumpul "points". Agar kita telah dapat mengambil peluang ini sebaik yang mungkin. 1 Syawal akan menjelang, hari dan bulan untuk kita meraikan kejayaan kita menempuh dugaan pelbagai nafsu. Tapi dalam kesibukkan kita merayakannya, jangan kita lupakan segala pengajaran yang kita dapat di bulan Ramadhan. Kalau bulan2 biasa, air kosong tak pernah jadi favourite . Tapi dalam bulan puasa, air kosong punya la sedap! Ini lah yang Allah mahu kita pelajari, In Shaa Allah. Dia nak kita bersyukur dengan segala nikmat yang telah diturunkan dan dikurniakanNya kepada kita. Nikmat2 yang selama ini kita ambil ringan.  Alhamdulillah x3 Semoga kita dipertemukan dengan lebih banyak

Berniaga: Mentor menti...

Image
Assalam geng! Dah lama pulak tak ber-blogging nih! Harap2 korang dan bisnes korang sihat2 hendaknya. Cerita hari ni...nak buat bisnes TAK BOLEH JALAN SOLO. Boleh tu boleh...tapi payah la sikit. Ada satu pepatah yang berbunyi... "If you want to go fast, go alone. If you want to go far, go together" Haaa..maksudnya, kalau kita nak pergi jauh..kena berjemaah gitu! Hehe Bisnes perlukan (dan tak terhad kepada): 1. Rakan niaga. Tak kesah lah rakan niaga dalam bisnes atau bisnes lain yang menjadi 'rakan niaga' bisnes kita. Yang ni dipanggil strategic partner. 2. Jaringan sales. Ini akan menentukan net worth bisnes kita. Lagi besar jaringan sales kita maka lagi sedap la kita berbisnes. 3. Mentor. Seorang yang berpengalaman lebih daripada kita dalam arena bisnes dan terutamanya dalam bidang bisnes kita. Tapi kali ni, kita nak sentuh mengenai nombor 3. Setiap usahawan perlukan seorang MENTOR. Kenapa, kau kata..? Sebab h

Berniaga: Boleh tahan ke tak boleh tahan...?

Image
Tak semua usahawan akan mempunyai jalan senang untuk berjaya. Cabaran demi cabaran. Dugaan demi dugaan.  Tanya lah semua orang yang berjaya menjadi ZERO TO HERO . Pernah tak mereka berasa susah? Pernah tak mereka jatuh ditimpa tangga? Mesti ada! Tak percaya? Pegi la tanya diorang! Mesti ada yang menangis dalam senyuman.  Mesti ada yang dah sampai jalan buntu dan rasa macam nak menyerah kalah. Mesti ada yang jual rumah, jual kereta, nasib baik tak jual maruah je. dan bermacam2 lagi... Tak ada siapa akan kata buat bisnes ni senang. Kalau ada, memang ada kabel baik nya la tu. Hahaha. Kalau senang, mesti ramai gila millionaire  atau billionaire. Topik yang nak dikongsikan kali ini ialah... ENDURANCE atau daya ketahanan. Adakah anda mempunyai  endurance  untuk menjadi seorang usahawan?? Kita kena kekalkan tahap endurance kita 100%. Dari awal sampai jadi. Biarlah apa yang datang sekali pun..kita patut teruskan apa yang diusahakan. Dulu2 pun dalam

Peluang perniagaan: Masa depan anda, pilihan anda...

Image
Assalam... Hari ni saya nak sentuh sikit pasal MASA DEPAN KITA. Sebab, ada kawan2 yang terutamanya berada di kalangan berpendapatan rendah yang 'redha' dengan keadaan semasa TANPA mahu berusaha untuk memperbaikinya. Pastu kalau ada kawan2 lain yang lebih berjaya, mula la diorang nak #jeles. Sering saya dengar rintihan2 mereka...tak cukup wang untuk anak bersekolah, tak cukup wang untuk bayar sewa rumah...itu ini, dan begitu begini. Tapi bila ditanya, apa yang mereka ingin lakukan untuk menyelesaikan masalah2 itu...jawapannya..."entah!" (tak tahu). Soalan saya.... KENAPA??  KENAPA MESTI AKUR DENGAN KEADAAN? KENAPA MESTI BERSERAH KALAH SEBELUM KELUAR BERPERANG? Ya, redha memang bagus dan seterusnya bersyukur seadanya. Tapi Tuhan pun suruh hambanya sentiasa berusaha untuk mengejar hal2 dunia DAN akhirat. Kena balance . Maaf kalau salah...bunyinye seperti ini... "Kejar dunia seperti anda akan hidup 100 tahun lagi, kejar akhirat sepe

Berniaga: Dengar tak...??

Image
Dengar....nak dengar apa? Adakah anda mendengar apa yang pelanggan anda mahukan atau perlukan? Kita nak berniaga, jangan syok sendiri je. Jangan kita jual benda yang kita suka saja. Apa yang kita suka, tak semestinya pelanggan kita pun suka. Betul tak?  Satu bisnes yang baik dan yang berdaya saing dan mampan ialah satu bisnes yang menjual produk atau servis yang akan membantu menyelesaikan masalah orang lain. Maksudnya, apa yang diorang hendak atau perlukan, itulah kita jual. Ini yang best! Nak menjual pun dah tak jadi susah. Jadi kita perlu mendengar pasaran atau pelanggan kita,  Ibarat seperti MENJUAL AIR KEPADA ORANG YANG HAUS. Contoh, kita menjual mee rebus kepada orang yang lebih gemarkan spaghetti. Dia nak beli tak mee rebus kita??  Tentu tidak! Habis air liur dah kita dok cite betapa sedapnye mee rebus kita, tapi kalau dia dah tak berminat, sampai ke sudah pun dia tak akan beli (tapi ada jugak kes jurujual yang pandai berkata2, akhirnya terbeli jugak

Buat Duit: Yang mana satu..?

Image
Bila ditanya...ramai jugak yang nak jadi businessman. Tapi...ciri2 businessman seperti mana kah anda..? Tahu tak ada dua ciri businesman iaitu PENIAGA dan USAHAWAN..? Ahaa..ramai orang tak tahu atau tak sedar yang ada perbezaan di antara kedua2 ciri tersebut. Seorang peniaga ialah seorang businessman (atau businesswoman) jugak. Tapi, seorang peniaga hanya menjual produk atau servis keluarannya (atau barangan keluaran orang lain) sekadar untuk mendapat pendapatan setiap bulan. Setiap hari setiap malam aktiviti yang sama. Peniaga akan berniaga untuk keperluan diri sendiri sahaja. Habis...usahawan??? Usahawan juga seorang businessman. Sama juga seperti seorang Peniaga...mereka juga menjual produk atau servis untuk mendapatkan pendapatan setiap bulan. Jadi, apa bezanya?? Seorang usahawan akan terus mencari jalan dan berusaha untuk mengembangkan lagi perniagaannya dan tidak akan mahu untuk berada pada takuk yang sama. Mungkin dengan menambah produk atau servis jualan. Mun

Berniaga: Senjata SENYUM..

Image
Cuba pergi depan cermin dan senyum. Ok, berhenti senyum.  Mana lagi best? Mesti la muka yang tersenyum, kan ? Percaya tak anda bahawa senyum itu adalah senjata? Boleh memikat seseorang, boleh memujuk yang tengah merajuk, boleh menyindir, dan juga boleh mulakan perkenalan. Habis, apa kena mengena dengan perniagaan?? Senyuman akan buat orang lain selesa untuk berbual dgn kita. Cuba bayangkan dan bandingkan kita nak membeli dari satu kedai ni....penjual kat situ muka ketat je...pergi pulak kat kedai lagi satu...muka manis je, senyum je, bercakap pun mesra dan muhibbah habis! Haaa..kedai mana satu yang anda akan pilih ??  Di Malaysia ni, banyak bisnes lebih pentingkan duit atau keuntungan. Ya! Memang itu lah sebabnya kita buat bisnes, nak untung! Tapi, sedar tak kita...kalau bisnes kita tak ada pelanggan, macam mana ? Untung ke ?? Koyak bang!! Jadi senyum la pada pelanggan anda. Ia akan membuatkan mereka berasa selesa dengan anda dan juga bisnes anda.  Pernah ta

Watch your ATTITUDE!

Image
Cun ek gambar tu? Cam ceria je ek... Assalam guys..salam Ramadhan Mubarak. Semoga tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun2 lepas, In Shaa Allah. Puasa, puasa la jugak. Tapi, kerja, kerja la jugak...kan?? Tak de kena mengena puasa dan tak boleh bekerja...haha. Yes, memang patut kita ambil peluang rezeki dan rahmat yg Allah limpahkan dalam bulan yang mulia ini. Tapi Allah juga nak hamba dia balance  atau imbangkan antara hal2 dunia dan juga akhirat. Jadi topik perkongsian hari ni ialah....ATTITUDE atau SIKAP.  Susah juga saya nak sentuh pasai sikap kita terhadap Tuhan...saya bukannya Ustaz...jadi tak qualified.  Nak sentuh pasai sikap terhadap keluarga atau manusia seluruhnya...saya bukan Prof Muhaya. Tapi saya nak sentuh sikap kita sebagai seorang usahawan. Dalam apa saja yang kita lakukan, ATTITUDE IS EVERYTHING. Sikap akan mencerminkan siapa diri kita dan kualiti diri kita. Nak berniaga ni bukan nye senang, tambahan pula kalau kita kena mula dari z

Bisnes Online: Bagaimana Visual Marketing dapat membantu perniagaan?

Image
Alhamdulillah, syukur dengan limpah kurniaNya. Hari ini Bigniaga telah memulakan satu Division baru iaitu Bigniaga.Studios. Ia bertujuan untuk membantu perniagaan2 terutamanya IKS untuk mencipta dan buat Visual Marketing. Antara servis2 yang ditawarkan konsultansi Marketing & Branding ke arah Branding Video, Marketing Video , dan gambar2 produk. Visual Marketing atau Pemasaran Visual ialah cara terkini kempen pemasaran. Sekiranya anda masih lagi belum mempunyai video tentang perniagaan anda, produk anda, dan sebagainya...bertindak lah sekarang. Bukan masanya lagi untuk kita pikir samada ianya berbaloi atau pun tidak. Bisnes lain dah mula buat, kita jangan tertinggal bas! Apa penting nya Visual Marketing? Macam mana ia boleh membantu perniagaan kita? Sesebuah video dapat meningkatkan visibiliti enjin carian - Pernah tak kita buat sesuatu carian di Google atau sebagainya, Keputusan 3 teratas mesti video2. Jadi, besar kemungkinan, dengan adanya video, pautan kita dapa

Peluang perniagaan: Kenapa nak jadi Usahawan?

Image
Dalam banyak2 benda, kenapa kita nak jadi seorang Usahawan? Pernah ke korang tanya pada diri korang? Kenapa tak kerja je ngan orang..bulan2 dpt gaji..takyah susah2 terkejar ke sana sini. Kerana saya ada SEBAB saya sendiri. Ya, penyebab2 ni lah yang akan membuatkan kita memilih jalan yang kita pilih. Ia juga yang akan buatkan kita terus hidup, bekerja, bertani, dan buat apa yang kita terus buat sehingga ke hari ni. Kalau dalam perniagaan, sifu2 di luar sana selalu sebut "Big Why". Apa ke mendenye tu? Big Why ialah penyebab yang juga akan menjadi sebuah impian dan matlamat untuk apa yang anda lakukan. Dan ia takkan jadi Big Why kalau ia tak berupaya untuk membantu anda untuk teruskan perjuangan sehingga tercapai matlamat yang anda impikan. So apakah Big Why anda ? Masa saya mula berniaga dulu, Big Why saya ialah "boleh jadi kaya" dan nak lepak sesuka hati takpayah nak ambil cuti atau bimbang bos cari. Korang rasa ini Big Why ke ? Hahaha...itu hany

Hi Guys!

Image
Assalam dan salam sejahtera. Terima kasih sebab datang menjenguk blog saya. Siapa saya? Member2 panggil saya Ijai. Sudah 20 tahun menjadi seorang usahawan. Banyak juga la bidang yg dah saya ceburi seperti IT, broadcasting, trading, F&B, property development, dan construction. Itu nak cuba, ini nak cuba...yang tu tak jadi, yang ini pula jadi. Haa...camana tu?  Macam2 hal, macam2 cabaran dan dugaan yang saya dah tempuh. Ada yang bagi saya seronok...ada jugak yang buat saya rasa menyesal, ada kalanya buat saya rasa macam manusia yang tak berguna.  Banyak benda2 dan ilmu2 yang saya pelajari dan praktikkan dalam mengharungi ranjau2 perniagaan ni...yg membuatkan saya masih bergelar seorang usahawan....Alhamdulillah! Jadi saya rasa, blog ini dapat menjadi medium untuk saya berkongsi cerita, pengalaman, dan juga ilmu2 yang saya pelajari dari sifu2 perniagaan di luar sana. Mana la tau dapat membantu kawan2 terutamanya mereka2 yang baru menceburi bidang keusahawanan ni, In Sha