Buat Duit: Nak buat bisnes, tapi bisnes apa?

(updated: 15 Julai 2016)

Ada entri saya yang lepas, Masa Depan Anda, Pilihan Anda di mana saya ada mencadangkan untuk berniaga sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan tahap kewangan.

Saya dah berjumpa ramai orang yang nak berniaga tapi tak tahu nak meniaga apa. Dulu masa saya nak mula berniaga pun, tercari2 jugak idea nak berniaga.

Cadangan yang paling mudah ialah mula berniaga dengan apa yang kita suka buat. Kata lah kita suka main golf, mungkin kita boleh mula dengan buat driving range atau kedai menjual barang kelengkapan golf. Ini adalah lebih baik kerana bisnes memerlukan minat.

Ataupun, kita boleh berniaga dengan apa yang kita pandai. Setiap orang mesti ada kelebihan masing2, jadi apakah kelebihan anda? Mungkin anda pandai bermain alat muzik, jadi kita boleh mula dengan kelas latihan alat muzik.

Seterusnya, kita kena menilai rancangan perniagaan kita tu samada kena tak dengan, sebagai contoh, kemampuan, lokasi ataupun komuniti kita. Kalau kita nak buka bisnes sewaan jet ski tapi kita tinggal di bandar, macam tak kena la kan.

Bila kita dah tahu minat dan juga kelebihan atau kepandaian kita, seterusnya kita kena rancang bagaimana nak mulakan bisnes tu. 

Adakah kita nak buat secara besar2an atau sebaliknya?

Adakah kita nak bermula dari rumah atau terus sewa sebuah kedai?

Ada satu cara yang mudah dan cepat untuk kita mula berniaga. Caranya ialah dengan menjual produk2 orang lain. Kita boleh jadi agen atau pengedar mereka. Tapi kalau agak2 bajet kurang mengizinkan, kita boleh mula dengan jadi DROPSHIP AGENT.

Berniaga secara dropship ni memang terbaik la terutamanya untuk orang2 yang bajet tak berapa banyak, masih dalam fasa "mencuba" untuk berniaga, dan yang baru nak belajar berniaga. Tak payah cari modal untuk stok, tak perlu nak cari tempat untuk simpan stok. Kena pulak kalau stok tak jalan, rugi la pelaburan kita. Cara mula berniaga yang cepat, mudah, dan MURAH.

Kita kena ingat, apabila kita nak mula berniaga, Capital Expenditure (CAPEX) jangan terlalu tinggi, terutamanya kalau kita akan pakai duit poket sendiri (hahaha). CAPEX ialah suntikan modal awalan untuk perniagaan kita. Lagi tinggi CAPEX maknanya akan lebih lama jangkamasa yang akan diambil untuk bisnes kita sampai ke Break Even Point (BEP).

Lepas tu?

Lepas tu kita kena cari ilmu, terutamanya yang baru nak mula berniaga.  Macam mana nak jalankan sesebuah perniagaan, contohnya. Nak mulakan satu2 bisnes memang senang tapi hendak menjalankan dan mengekalkan bisnes tu adalah cabaran yang sebenar. (Boleh baca entri Boleh Tahan ke Tak Boleh Tahan? )

Lepas tu?

Lepas tu kena belajar macam mana nak mempromosikan dan memasarkan produk atau servis yang kita nak jalankan. Sebab, segempak mana pun produk kita kalau orang tak tahu maksudnya, NO SALES! Dan No Sales = No Money

Lepas tu?

Lepas tu kita kena buat la apa yang kita dah rancang dan pelajari. Jangan biarkan idea tinggal idea je.

So amacam? Boleh ke boleh?

Teruskan usaha sampai jadi. Selamat Berjaya!

Comments

Popular posts from this blog

Alamak jatuh !

Peluang perniagaan: Masa depan anda, pilihan anda...

Berniaga: Mentor menti...