Posts

Showing posts from June, 2016

Berniaga: Mentor menti...

Image
Assalam geng! Dah lama pulak tak ber-blogging nih! Harap2 korang dan bisnes korang sihat2 hendaknya. Cerita hari ni...nak buat bisnes TAK BOLEH JALAN SOLO. Boleh tu boleh...tapi payah la sikit. Ada satu pepatah yang berbunyi... "If you want to go fast, go alone. If you want to go far, go together" Haaa..maksudnya, kalau kita nak pergi jauh..kena berjemaah gitu! Hehe Bisnes perlukan (dan tak terhad kepada): 1. Rakan niaga. Tak kesah lah rakan niaga dalam bisnes atau bisnes lain yang menjadi 'rakan niaga' bisnes kita. Yang ni dipanggil strategic partner. 2. Jaringan sales. Ini akan menentukan net worth bisnes kita. Lagi besar jaringan sales kita maka lagi sedap la kita berbisnes. 3. Mentor. Seorang yang berpengalaman lebih daripada kita dalam arena bisnes dan terutamanya dalam bidang bisnes kita. Tapi kali ni, kita nak sentuh mengenai nombor 3. Setiap usahawan perlukan seorang MENTOR. Kenapa, kau kata..? Sebab h

Berniaga: Boleh tahan ke tak boleh tahan...?

Image
Tak semua usahawan akan mempunyai jalan senang untuk berjaya. Cabaran demi cabaran. Dugaan demi dugaan.  Tanya lah semua orang yang berjaya menjadi ZERO TO HERO . Pernah tak mereka berasa susah? Pernah tak mereka jatuh ditimpa tangga? Mesti ada! Tak percaya? Pegi la tanya diorang! Mesti ada yang menangis dalam senyuman.  Mesti ada yang dah sampai jalan buntu dan rasa macam nak menyerah kalah. Mesti ada yang jual rumah, jual kereta, nasib baik tak jual maruah je. dan bermacam2 lagi... Tak ada siapa akan kata buat bisnes ni senang. Kalau ada, memang ada kabel baik nya la tu. Hahaha. Kalau senang, mesti ramai gila millionaire  atau billionaire. Topik yang nak dikongsikan kali ini ialah... ENDURANCE atau daya ketahanan. Adakah anda mempunyai  endurance  untuk menjadi seorang usahawan?? Kita kena kekalkan tahap endurance kita 100%. Dari awal sampai jadi. Biarlah apa yang datang sekali pun..kita patut teruskan apa yang diusahakan. Dulu2 pun dalam

Peluang perniagaan: Masa depan anda, pilihan anda...

Image
Assalam... Hari ni saya nak sentuh sikit pasal MASA DEPAN KITA. Sebab, ada kawan2 yang terutamanya berada di kalangan berpendapatan rendah yang 'redha' dengan keadaan semasa TANPA mahu berusaha untuk memperbaikinya. Pastu kalau ada kawan2 lain yang lebih berjaya, mula la diorang nak #jeles. Sering saya dengar rintihan2 mereka...tak cukup wang untuk anak bersekolah, tak cukup wang untuk bayar sewa rumah...itu ini, dan begitu begini. Tapi bila ditanya, apa yang mereka ingin lakukan untuk menyelesaikan masalah2 itu...jawapannya..."entah!" (tak tahu). Soalan saya.... KENAPA??  KENAPA MESTI AKUR DENGAN KEADAAN? KENAPA MESTI BERSERAH KALAH SEBELUM KELUAR BERPERANG? Ya, redha memang bagus dan seterusnya bersyukur seadanya. Tapi Tuhan pun suruh hambanya sentiasa berusaha untuk mengejar hal2 dunia DAN akhirat. Kena balance . Maaf kalau salah...bunyinye seperti ini... "Kejar dunia seperti anda akan hidup 100 tahun lagi, kejar akhirat sepe

Berniaga: Dengar tak...??

Image
Dengar....nak dengar apa? Adakah anda mendengar apa yang pelanggan anda mahukan atau perlukan? Kita nak berniaga, jangan syok sendiri je. Jangan kita jual benda yang kita suka saja. Apa yang kita suka, tak semestinya pelanggan kita pun suka. Betul tak?  Satu bisnes yang baik dan yang berdaya saing dan mampan ialah satu bisnes yang menjual produk atau servis yang akan membantu menyelesaikan masalah orang lain. Maksudnya, apa yang diorang hendak atau perlukan, itulah kita jual. Ini yang best! Nak menjual pun dah tak jadi susah. Jadi kita perlu mendengar pasaran atau pelanggan kita,  Ibarat seperti MENJUAL AIR KEPADA ORANG YANG HAUS. Contoh, kita menjual mee rebus kepada orang yang lebih gemarkan spaghetti. Dia nak beli tak mee rebus kita??  Tentu tidak! Habis air liur dah kita dok cite betapa sedapnye mee rebus kita, tapi kalau dia dah tak berminat, sampai ke sudah pun dia tak akan beli (tapi ada jugak kes jurujual yang pandai berkata2, akhirnya terbeli jugak

Buat Duit: Yang mana satu..?

Image
Bila ditanya...ramai jugak yang nak jadi businessman. Tapi...ciri2 businessman seperti mana kah anda..? Tahu tak ada dua ciri businesman iaitu PENIAGA dan USAHAWAN..? Ahaa..ramai orang tak tahu atau tak sedar yang ada perbezaan di antara kedua2 ciri tersebut. Seorang peniaga ialah seorang businessman (atau businesswoman) jugak. Tapi, seorang peniaga hanya menjual produk atau servis keluarannya (atau barangan keluaran orang lain) sekadar untuk mendapat pendapatan setiap bulan. Setiap hari setiap malam aktiviti yang sama. Peniaga akan berniaga untuk keperluan diri sendiri sahaja. Habis...usahawan??? Usahawan juga seorang businessman. Sama juga seperti seorang Peniaga...mereka juga menjual produk atau servis untuk mendapatkan pendapatan setiap bulan. Jadi, apa bezanya?? Seorang usahawan akan terus mencari jalan dan berusaha untuk mengembangkan lagi perniagaannya dan tidak akan mahu untuk berada pada takuk yang sama. Mungkin dengan menambah produk atau servis jualan. Mun

Berniaga: Senjata SENYUM..

Image
Cuba pergi depan cermin dan senyum. Ok, berhenti senyum.  Mana lagi best? Mesti la muka yang tersenyum, kan ? Percaya tak anda bahawa senyum itu adalah senjata? Boleh memikat seseorang, boleh memujuk yang tengah merajuk, boleh menyindir, dan juga boleh mulakan perkenalan. Habis, apa kena mengena dengan perniagaan?? Senyuman akan buat orang lain selesa untuk berbual dgn kita. Cuba bayangkan dan bandingkan kita nak membeli dari satu kedai ni....penjual kat situ muka ketat je...pergi pulak kat kedai lagi satu...muka manis je, senyum je, bercakap pun mesra dan muhibbah habis! Haaa..kedai mana satu yang anda akan pilih ??  Di Malaysia ni, banyak bisnes lebih pentingkan duit atau keuntungan. Ya! Memang itu lah sebabnya kita buat bisnes, nak untung! Tapi, sedar tak kita...kalau bisnes kita tak ada pelanggan, macam mana ? Untung ke ?? Koyak bang!! Jadi senyum la pada pelanggan anda. Ia akan membuatkan mereka berasa selesa dengan anda dan juga bisnes anda.  Pernah ta

Watch your ATTITUDE!

Image
Cun ek gambar tu? Cam ceria je ek... Assalam guys..salam Ramadhan Mubarak. Semoga tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun2 lepas, In Shaa Allah. Puasa, puasa la jugak. Tapi, kerja, kerja la jugak...kan?? Tak de kena mengena puasa dan tak boleh bekerja...haha. Yes, memang patut kita ambil peluang rezeki dan rahmat yg Allah limpahkan dalam bulan yang mulia ini. Tapi Allah juga nak hamba dia balance  atau imbangkan antara hal2 dunia dan juga akhirat. Jadi topik perkongsian hari ni ialah....ATTITUDE atau SIKAP.  Susah juga saya nak sentuh pasai sikap kita terhadap Tuhan...saya bukannya Ustaz...jadi tak qualified.  Nak sentuh pasai sikap terhadap keluarga atau manusia seluruhnya...saya bukan Prof Muhaya. Tapi saya nak sentuh sikap kita sebagai seorang usahawan. Dalam apa saja yang kita lakukan, ATTITUDE IS EVERYTHING. Sikap akan mencerminkan siapa diri kita dan kualiti diri kita. Nak berniaga ni bukan nye senang, tambahan pula kalau kita kena mula dari z

Bisnes Online: Bagaimana Visual Marketing dapat membantu perniagaan?

Image
Alhamdulillah, syukur dengan limpah kurniaNya. Hari ini Bigniaga telah memulakan satu Division baru iaitu Bigniaga.Studios. Ia bertujuan untuk membantu perniagaan2 terutamanya IKS untuk mencipta dan buat Visual Marketing. Antara servis2 yang ditawarkan konsultansi Marketing & Branding ke arah Branding Video, Marketing Video , dan gambar2 produk. Visual Marketing atau Pemasaran Visual ialah cara terkini kempen pemasaran. Sekiranya anda masih lagi belum mempunyai video tentang perniagaan anda, produk anda, dan sebagainya...bertindak lah sekarang. Bukan masanya lagi untuk kita pikir samada ianya berbaloi atau pun tidak. Bisnes lain dah mula buat, kita jangan tertinggal bas! Apa penting nya Visual Marketing? Macam mana ia boleh membantu perniagaan kita? Sesebuah video dapat meningkatkan visibiliti enjin carian - Pernah tak kita buat sesuatu carian di Google atau sebagainya, Keputusan 3 teratas mesti video2. Jadi, besar kemungkinan, dengan adanya video, pautan kita dapa

Peluang perniagaan: Kenapa nak jadi Usahawan?

Image
Dalam banyak2 benda, kenapa kita nak jadi seorang Usahawan? Pernah ke korang tanya pada diri korang? Kenapa tak kerja je ngan orang..bulan2 dpt gaji..takyah susah2 terkejar ke sana sini. Kerana saya ada SEBAB saya sendiri. Ya, penyebab2 ni lah yang akan membuatkan kita memilih jalan yang kita pilih. Ia juga yang akan buatkan kita terus hidup, bekerja, bertani, dan buat apa yang kita terus buat sehingga ke hari ni. Kalau dalam perniagaan, sifu2 di luar sana selalu sebut "Big Why". Apa ke mendenye tu? Big Why ialah penyebab yang juga akan menjadi sebuah impian dan matlamat untuk apa yang anda lakukan. Dan ia takkan jadi Big Why kalau ia tak berupaya untuk membantu anda untuk teruskan perjuangan sehingga tercapai matlamat yang anda impikan. So apakah Big Why anda ? Masa saya mula berniaga dulu, Big Why saya ialah "boleh jadi kaya" dan nak lepak sesuka hati takpayah nak ambil cuti atau bimbang bos cari. Korang rasa ini Big Why ke ? Hahaha...itu hany