Peluang perniagaan: Masa depan anda, pilihan anda...



Assalam...

Hari ni saya nak sentuh sikit pasal MASA DEPAN KITA. Sebab, ada kawan2 yang terutamanya berada di kalangan berpendapatan rendah yang 'redha' dengan keadaan semasa TANPA mahu berusaha untuk memperbaikinya. Pastu kalau ada kawan2 lain yang lebih berjaya, mula la diorang nak #jeles.

Sering saya dengar rintihan2 mereka...tak cukup wang untuk anak bersekolah, tak cukup wang untuk bayar sewa rumah...itu ini, dan begitu begini. Tapi bila ditanya, apa yang mereka ingin lakukan untuk menyelesaikan masalah2 itu...jawapannya..."entah!" (tak tahu).

Soalan saya....

KENAPA?? 
KENAPA MESTI AKUR DENGAN KEADAAN?
KENAPA MESTI BERSERAH KALAH SEBELUM KELUAR BERPERANG?

Ya, redha memang bagus dan seterusnya bersyukur seadanya. Tapi Tuhan pun suruh hambanya sentiasa berusaha untuk mengejar hal2 dunia DAN akhirat. Kena balance. Maaf kalau salah...bunyinye seperti ini...

"Kejar dunia seperti anda akan hidup 100 tahun lagi, kejar akhirat seperti anda akan mati esok"

Tuhan juga kata, takkan seseorang itu boleh mengubah keadaannya kecuali dia sendiri yang berusaha untuk itu.

Tak ke gitu??

Jadi, apa yang nak saya kongsikan ialah....kita boleh berusaha untuk menentukan kehidupan kita di kemudian hari. Kita hanya merancang, Tuhan yang tentukannya. Tapi kalau hari2 asyik dok "buat bodoh" je...tak ke mana jugak, kan?

 What we do today, will determine our tomorrow.

Jadi kepada kawan2 saya tu...saya cadangkan, cuba berjinak2 dalam dunia perniagaan. Sebab bisnes tak perlu kelayakkan atau kelulusan yang tinggi pun. Apa yang korang perlukan??

doa + ilmu bidang yang nak diceburi + usaha 

Kata la korang nak berniaga char kueh teow. Ilmu apa yang perlu? Cara nak goreng kueh teow la kan? Pergi la cari sapa2 yang korang kenal yang memang terer buat char kueh teow. Belajar ngan dia...silap2 korang boleh buat yang lagi baik. Mana tau! Kot2 ada bakat terpendam ke, kan?


Setengah nya kata..."ala, dulu aku dah cuba dah buat bisnes, tapi tak jadi..!"

ITU DULU, BANG!! Kenapa kita nak hidup dengan masa silam kita. Yang penting kita terus usaha dan usaha. Tapi ye la...jangan la usaha membuta tuli...itu pasai kita perlu ILMU.

FAILURE IS A LESSON!

Kita patut belajar dengan kesilapan kita yang dulu2 tu...baru kita akan jadi lebih pandai di masa akan datang.

Ada pula kata..."teringin nak buat bisnes, tapi takut rugi!"      Hahahahaha

Kau dah cuba ke belum? Untung ke tak untung ke, kalau belum cuba...camana nak tahu?  Ada orang buat bisnes, rugi! Ada orang buat bisnes, sukses! Yang ni yang kita nak belajar. Camana orang tu boleh rugi....camana orang tu boleh berjaya.

Ada seorang sifu bisnes pernah kata....dalam bisnes bukan langit hadnya tapi terhad kepada MINDA KITA. Kalau minda kita kata tak boleh....tak boleh la jawapnya.

First, kita pi cari dulu ilmu camana nak buat char kueh teow. Pastu, kita cari ilmu pulak camana nak promosi dan menjual kueh teow kita. Pastu, buat...jangan tak buat!

Bisnes ni ada dua jalan saja....Naik atau Turun...that's it! Tak ada orang berniaga yang nak rugi..haha

Pada sesi latihan saya minggu lepas, ada dua brader dispatch ni. Borak2 la dengan diorg. Gaji kasar tak banyak katanya, dalam RM1800 sebulan. Tapi, diorang dua kongsi sewa rumah kat Bandar Utama dalam lingkungan RM1500-1800 sebulan (tak ingat saya). Seorang tu pakai motor Yamaha R25 (setahu saya harga dalam lingkung rm20,000+).

Dalam hati saya..."mana pulak budak2 ni cari duit?"

Borak punya borak, rupa2nya diorang ni buat bisnes online jual baju dan permainan budak2. Diorang ambil supply dari Wisma apa ntah kat chow kit tu...dan jual online (bermula dengan offline, jual di pasar malam). Dah setahun lebih dah diorang buat bisnes ni. Diorang punya impian...diorang dapat import sendiri benda2 tu dari China. Wah!! Dasyat!!

Menarik tak???!

Bangga sungguh saya dengar cerita diorang. Dan saya amat berharap apa yang saya ajar hari tu dapat membantu sikit sebanyak bisnes diorang tu. In Shaa Allah.

Korang ingat masa diorang mula dulu tu terus sukses ke? Ceritanya, pernah untuk beberapa bulan, tumpang rumah member je...kadang2 makan pun harap member2 je belanja. Tapi...alhamdulillah...diorang teruskan jugak impian diorang tu. 

So geng, kita boleh berusaha untuk meningkatkan lagi keadaan kita, bukan nya tak boleh. Persoalannya sekarang ialah...Nak ke Tak Nak je..

Kalau kita masih nak teruskan dengan bagi alasan atau menuding jari ke sana ke sini...orang itu lah tak betul, orang ini lah salah....di hujung nya nanti...itu saja lah yang kita akan dapat. 

YOUR LIFE, YOUR CHOICE!

Comments

Popular posts from this blog

Alamak jatuh !

Nak kaya, tapi....