Berniaga: cerita lain, jadiknye lain...

Assalamualaikum geng. 

Ni nak habaq bagi...Mesti kita pernah masuk satu kedai atau restoran di mana banyak benda diorang jual tapi tak semua ada.

Masuk kedai tomyam, tapi semangkuk tomyam pun tak jual! Haaah camana tu!?


BUKU MENU

Kengkadang tu ada restoran, menu diorang dah boleh buat buku. 4-5 mukasurat. Tapi bila kita mintak...


"Maaf encik, hari ni mee bandung tak ada"

Terpaksa kita tukar selera, mintak benda lain..

"Maaf encik, mee siam pun tak ada"

Habis korang ni nak berniaga ke tidak ?

Kengkadang tu, makanan keistimewaan diorang pun boleh tak ada. Kita kena ingat, terutamanya kalau kita terkenal dengan menu tu, tolong pastikan ianya sentiasa ada. Itu identiti bisnes kita. Mesti ramai pelanggan yang datang ke kedai kita akan cari makanan tu. Kalau asyik tak ada je, sorry la, lepas ni diorang akan malas nak datang lagi.

Kadang2 tak perlu menu banyak2. Lagi banyak menu, lagi banyak stok kena beli. Dan kalau geng dapur kita tak terurus, boleh buat servis kita jadi lambat.

Pelanggan sekarang ni, kalau boleh, siap order je, makanan terus sampai.

Ada restoran, menu diorang dalam 5-8 jenis saja. Nak sediakan pun senang, stok pun tak perlu nak beli bermacam2 jenis. Servis pun boleh jadi cepat. Dan memandangkan itu saja yang kita buat, kita boleh fokus lebih dan kualiti dan keenakkan makanan kita akan sentiasa terjamin dan konsisten.

Nak menu banyak2 sampai 50 jenis pun ok. Terserah. Tapi...pastikan semuanya ada. Kalau itu tak ada, ini tak ada...tak guna la ada menu bebanyak pun. Nama baik restoran kita jugak yang terjejas nanti. Bukan senang nak puaskan hati semua orang.


RESTORAN "FAST FOOD"

Tuan2 Fast Food, kalau dah sa kata restoran2 awak ni FAST FOOD...pastikan la pelanggan tak tunggu lebih 10 minit untuk pesananan diorang. Sensitif la sikit. Kalau dah sampai 20minit makanan tak siap2..."Fast Food" mai tang mana ?

Pernah saya tengok, pelanggan dah letih menunggu dan mereka terus keluar. Kan dah rugi tu??

Apabila seorang pelanggan keluar dengan marah atau kurang puas hati...ITU YANG AKAN DIINGAT oleh mereka tentang kedai kita.


TUKANG AMBIL ORDER (Waiter)

Sedarkah anda bahawa Waiter2 ni adalah "jurujual" anda???

Jadi, mereka kena aktif dan juga tahu secara mendalam apa yang restoran tu jual. Contoh...

"Dik, sirap bandung pakai sirap tak ?"

"Jap ye encik, saya tanyakan"


Kan lebih baik kalau ciri2 seorang waiter yang proaktif dan sensitif dengan kemahuan pelanggan. Contohnya, kalau waiter tu tahu saya suka masakan sotong..terus dia "menjual" ikut kemahuan saya. (Boleh baca entri Dengar Tak..? )

"Kita ada tiga jenis masakan sotong. Satu, sotong goreng tepung bersalut telur masin. Yang ini tak pedas, anak2 encik pun boleh makan. Dua, sotong berlada. Dimasak dengan sambal dan sotong dihiris panjang2. Yang terakhir, sotong bakar. Boleh makan dengan air asam atau kicap bercili. Yang ini memang selalu orang order. Saya pun akan rekomen yang ini."

Best tak bunyi camtu ?  Baru la pro! 

Kalau korang menjual barangan konsumer dan mungkin melantik agen..pastikan agen2 anda ada maklumat produk2 tu. Dari segi bahan2 yang terkandung dan juga manfaat bahan2 tu. Waiter atau pun agen, diorang ni adalah front line bisnes korang.

Jadi kita kena sensitif dan selalu pastikan apa yang kita tawarkan akan sentiasa ada menanti pelanggan. Kalau korang serius nak berniaga la.

Kalau menu tu tak dapat sambutan, kita buang saja dari senarai. Gantikan dengan menu yang lebih baik/baru. Ada menu2 baru pun boleh mengelakkan pelanggan kita muak dengan kedai kita. Setidaknya, di mata pelanggan kita diorang nampak la bisnes kita sentiasa buat pembaharuan.

Sensitif dengan identiti kedai kita.

Pilih dan latih waiter2 atau sesiapa yang akan berjumpa dan bercakap dengan pelanggan kita supaya lebih aktif dan efisien "menjual".

Ada orang kata, kedai lain tak kesah pun.

Itu kedai lain! Kalau dia untung, dia share ngan kau ke? Kalau dia rugi pun, bukan masalah kita.

Banyak orang kata, nak buat bisnes...kena lain daripada orang lain. Betul! Tapi tak semestinya lain2 produk saja. Servis pun mesti lain jugak. (Boleh baca entri Senjata Senyum )

Kalau kita nak jadi biasa2 saja...teruskan dengan apa yang kita selalu buat.

Tapi kalau nak berjaya...kita kena buat yang luar biasa!

Cuba terai test !

Comments

Popular posts from this blog

Alamak jatuh !

Peluang perniagaan: Masa depan anda, pilihan anda...

Berniaga: Mentor menti...