Peluang perniagaan: Kenapa nak jadi Usahawan?

Dalam banyak2 benda, kenapa kita nak jadi seorang Usahawan? Pernah ke korang tanya pada diri korang? Kenapa tak kerja je ngan orang..bulan2 dpt gaji..takyah susah2 terkejar ke sana sini. Kerana saya ada SEBAB saya sendiri.

Ya, penyebab2 ni lah yang akan membuatkan kita memilih jalan yang kita pilih. Ia juga yang akan buatkan kita terus hidup, bekerja, bertani, dan buat apa yang kita terus buat sehingga ke hari ni.



Kalau dalam perniagaan, sifu2 di luar sana selalu sebut "Big Why". Apa ke mendenye tu? Big Why ialah penyebab yang juga akan menjadi sebuah impian dan matlamat untuk apa yang anda lakukan. Dan ia takkan jadi Big Why kalau ia tak berupaya untuk membantu anda untuk teruskan perjuangan sehingga tercapai matlamat yang anda impikan. So apakah Big Why anda ?

Masa saya mula berniaga dulu, Big Why saya ialah "boleh jadi kaya" dan nak lepak sesuka hati takpayah nak ambil cuti atau bimbang bos cari. Korang rasa ini Big Why ke ? Hahaha...itu hanyalah alasan orang yg malas 

Disebabkan Big Why saya yang cenggitu masa tu...bisnes saya seperti hangat2 tahi ayam. Cepat panas cepat sejuk. Ada ja halangan, saya akan cepat give up. Ada je yang tak kena, saya akan cepat mengalah. Sebab Big Why tak kuat atau mungkin...tak betul! Saya nak berniaga sebab "boleh jadi kaya". Ingat senang ke buat bisnes ni?! Hahaha...baru tahu langit tinggi ke rendah.

Selepas dah paham, selepas dah belajar...saya ada tiga BIG WHY kenapa saya jadi seorang usahawan. Antaranya ialah seperti gambar di bawah.



Anak2 dan keluarga saya adalah salah satu Big Why saya. 

Saya nak terus berusaha untuk dapatkan rezeki dan duit sebanyak mungkin untuk memberikan mereka kehidupan dan pelajaran yang lebih hebat dari saya.

Saya nak mempunyai pilihan masa bersama mereka. Dulu masa kerja, gaji besor, rumah besor (dok apartment, jadi besor la haha), keta besor. Tapi matahari tak nampak, sports day anak pun miss, tak boleh tengok diorg bila2 masa. Keluar rumah time diorang tengah tidur, balik rumah pun time diorang tengah tidur.

Sekarang, mungkin tak mempunyai pendapatan yang sama masa time keja dulu, tapi saya dapat lakukan banyak benda bersama anak2 saya. Jadi supir diorang bila diorg pergi ke aktiviti2. Hari2 dapat dengar cite2 diorang...walaupun kengkadang tak masuk akal tapi, perasaan bila diorg cari kita nak ceritakan sesuatu benda memang best la. 

They are my life. Demi untuk membahagiakan diorang buatkan saya terus berusaha walaupun pelbagai rintangan dan cabaran dalam bisnes saya. Dan juga disebabkan saya nak mempunyai pilihan masa bersama diorang, saya harus kekal dalam perniagaan oleh sebab itu, saya harus berusaha untuk perniagaan saya, In Shaa Allah.

Apa Big Why anda? Jom share...

Comments

Popular posts from this blog

Alamak jatuh !

Peluang perniagaan: Masa depan anda, pilihan anda...

Berniaga: Mentor menti...