Berniaga: Mentor menti...



Assalam geng!

Dah lama pulak tak ber-blogging nih! Harap2 korang dan bisnes korang sihat2 hendaknya.

Cerita hari ni...nak buat bisnes TAK BOLEH JALAN SOLO.

Boleh tu boleh...tapi payah la sikit. Ada satu pepatah yang berbunyi...

"If you want to go fast, go alone. If you want to go far, go together"

Haaa..maksudnya, kalau kita nak pergi jauh..kena berjemaah gitu! Hehe

Bisnes perlukan (dan tak terhad kepada):

1. Rakan niaga. Tak kesah lah rakan niaga dalam bisnes atau bisnes lain yang menjadi 'rakan niaga' bisnes kita. Yang ni dipanggil strategic partner.

2. Jaringan sales. Ini akan menentukan net worth bisnes kita. Lagi besar jaringan sales kita maka lagi sedap la kita berbisnes.

3. Mentor. Seorang yang berpengalaman lebih daripada kita dalam arena bisnes dan terutamanya dalam bidang bisnes kita.

Tapi kali ni, kita nak sentuh mengenai nombor 3.

Setiap usahawan perlukan seorang MENTOR.

Kenapa, kau kata..?

Sebab hidup ini adalah terlalu singkat untuk kita belajar sendiri. Kita akan belajar lebih cepat daripada pengalaman orang lain.

Kenapa kita pilih untuk berjaya dalam masa 5 tahun walhal kalau kita menimba ilmu dari seorang mentor dan dapat berjaya dalam masa 2 tahun??

Tapi setengah usahawan, dia tak mau belajar. Tak sudi nak mintak pendapat sesiapa. Tak perlu...sebab DIA DAH TAHU SEMUANYA! (Dah macam ahli nujum pulak!)

Kalau berbincang, suara dia saja yang kita dengar dan patut dengar. Yang boleh jadi camni adalah disebabkan kebanyakkan kita tak suka dilabelkan sebagai tak terer dan terlalu mahukan untuk dipuji. Payah la macam tu.. kita kena ingat satu benda...

"The day we stop learning is the day we start to fall"

Bisnes ni macam air laut...ada pasang, ada surut dan ia akan berubah mengikut peredaran masa dan pasaran.

Contoh, cara pemasaran yang digunakan lebih 15 tahun dulu adalah melalui flyers, akhbar, telivisyen, radio, dan sebagainya. Tapi sekarang kita berada di era digital, banyak perniagaan memilih untuk memasarkan produk2 mereka melalui internet seperti laman2 media sosial, Google, dan YouTube. Jadi kalau kita tak nak belajar benda ni, kita akan ketinggalan. 

Salah satu cara kita nak belajar ialah melalui seorang MENTOR. Orang yang lebih berpengalaman dalam sesuatu bidang yang kita minat dan sanggup untuk berkongsi ilmu dengan kita. Tak perlu ramai, cukup sekadar 1-2 orang.

Tapi jangan salah cari Mentor. Kalau kita nak menimba ilmu perniagaan dari seseorang, biarlah orang itu pun sedang berniaga. Ada setengah tu, macam2 pendapat dia keluarkan tapi dia sendiri pun tak buat bisnes. 

Bila ada Mentor kita akan belajar dengan cepat. Kita tak perlu lagi nak "mencuba nasib". Kita akan tahu setiap tindakan kita adalah berasas. Bukan main "tikam" saja..!

Apa yang kita nak belajar ialah...apakah kesilapan yang mereka lakukan dalam bisnes mereka, supaya kita tidak mengulanginya. Lagi satu, kita nak tahu apa benda yang mereka buat yang membuatkan bisnes mereka berjaya, supaya kita akan berada di landasan yang betul.

Seperti sifu saya pernah berkata.. "Business is Science". Maksudnya bisnes adalah satu formula, kalau kita ikut saja langkah orang yang berjaya, In Shaa Allah, kita juga akan berjaya.

Selain daripada menimba pengalaman mereka, seorang Mentor juga boleh membantu memberi semangat untuk kita terus berusaha. Kita ni kadang2 semangat tinggi tiba2 semangat tu boleh turun atau silap2 hilang terus...hehe. Ini takkan berlaku sekiranya ada orang yang selalu memeriksa prestasi kita atau perniagaan kita.

Jadi, jangan hanya "work hard", kita juga harus "work smart". Cari lah seorang Mentor yang sesuai dengan anda dan belajar dari dia. Ini akan memudahkan anda berniaga, In Shaa Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Alamak jatuh !

Peluang perniagaan: Masa depan anda, pilihan anda...