Nak berniaga? Jangan buat ni...

Banyak perkara yang kita kena buat atau sediakan sebelum kita mula berniaga. 

Tapi ada beberapa perkara yang kita TAK patut lakukan. Setengah orang tahu yang kita tak boleh buat perkara ni, tapi kadang2 tak perasan.

Ok, so, amendenya?

Berikut adalah satu senarai beberapa perkara2 asas yang tak patut kita lakukan apabila nak mula berniaga:

1. PILIH BISNES YANG SALAH.

Mungkin kita mula satu bisnes tanpa mengetahui kehendak pasaran. Atau pilih bisnes yang kita kurang minat atau berpengetahuan.

2. NAK BUAT PERFECT PLAN .

Nak berniaga mesti ada perancangan. Ada strategi. Tapi tak perlu nak tunggu sampai ada perfect plan baru nak mula bisnes. Ada setengahnya tu, terlalu mahukan satu perfect plan sampai last2 bisnes pun tak start2. Sebab plan yang terbaik akan datang apabila kita dah mula berniaga. Belum mula macam mana nak tahu ianya perfect ke tidak. Bak kata orang, belum try belum tahu.

3. BERBELANJA TAK IKUT KEPERLUAN

Ramai orang bila mula nak berniaga, macam2 dia nak beli. Itu ini begitu begini. Kononnya, bila nak pakai, barang dah ada. Nak kembangkan perniagaan ialah satu proses. Jadi, ia patut dilakukan secara berperingkat. Apa yang dulu, didulukan.

Kalau nak buka restoran, tak salah kalau kita beroperasi dari rumah dulu dan berkembang mengikut peredaran masa dan peningkatan pasaran bisnes kita.

So, apa2 pun rilek dulu. Jangan berbelanja sangat sehingga bisnes kita buat duit.

4. NAK BUAT SORANG2

Nak mula berniaga memang susah nak buat sorang2. Kita perlu bantuan. Mungkin nak tolong sediakan dokumen2, nak tolong uruskan stok, tolong buat penghantaran, dan sebagainya. Kalau kita buat bisnes online, mungkin kita perlu bantuan buat laman sesawang atau blog.

Agak susah la kalau kita yang jadi dirver, kita lah yang jadi salesman, kita lah yang jadi pengurus dalam satu masa. Itu sebab ada orang yang sibuk tak tentu hala.

Samada kita ambil ahli keluarga untuk membantu atau mungkin bekerja. Atau mungkin kita boleh dapatkan kawan2 positif yang dapat membantu sedikit sebanyak.

5. SALAH PILIH RAKAN NIAGA

Tadi dah kata, berniaga tak boleh jalan sengsorang. Salah satu cara ialah dengan mendapatkan rakan niaga. Seorang ke, dua orang ke, tiga orang. Tapi rasanya, untuk nak mula berniaga, tak perlu la sampai berbelas2 atau berpuluh2.

Orang kata, pilih rakan niaga adalah penting bak macam nak cari pasangan kahwin. Ye la, silap2 dalam seminggu kita akan berjumpa dan banyak menghabiskan masa dengan rakan niaga kita, lebih daripada suami/isteri kita di rumah. Kita kena menilai samada boleh ke berkongsi bisnes dengan orang tu. Gaya dan caranya ok tak dengan kita. Yang paling penting sekali, adakah dia seorang yang produktif. Sebab kalau last2 kita saja yang dok buat kerja, buat apa ada partnership, kan? (Rakan niaga dan pelabur ada beza nya)

Lagi satu, yang amat biasa ialah, bergaduh. Bisnes boleh tutup kalau rakan niaga bergaduh. Kadang2 ada orang tu baik untuk berkawan tapi untuk bisnes memang tak boleh blah. Jadi untuk kepentingan bisnes, kita terpaksa memilih.

Satu cara nak memilih ialah kita boleh mula dengan satu projek/pekerjaan secara kecil2an dulu. Kat sini kita boleh nampak kualiti masing2.

6. DUDUK BAWAH TEMPURUNG.

Ilmu. Walaupun kita dah tahu, teruskan mencari ilmu baru dan perkasakan diri untuk menjadi seorang usahawan yang lebih baik.

 Kita boleh cari mentor. Tak nak cari mentor ataupun tak dapat cari mentor, kita boleh pergi ke kursus2 atau seminar2 dan belajar dari sifu2 tu. Pilih 1-2 sifu yang kita boleh jadikan mereka sebagai mentor dengan selalu menghadiri kursus2 mereka.

Boleh juga kalau kita idolakan sesebuah perniagaan yang sudah berjaya. Belajar cara mereka menuju kejayaan dan cuba untuk tiru.

Kalau malas nak pergi kursus, kita boleh baca buku. Cari topik2 yang menarik kepada kita dan lebih2 lagi yang berkaitan dengan bisnes kita.

Kalau baca buku pun malas....malas la aku nak cite ngan kau!

Kata kunci nya ialah BELAJAR...nampak?? Jangan sebab kita dah tahu satu benda kita dah rasa kita tahu semua. The day we stop learning, is the day we start to fall.


Saya rasa memang banyak lagi perkara2 asas yang lain untuk kita elakkan sebelum memulakan bisnes. Tapi buat masa ni yang terlintas di fikiran, ini je la dulu ye..hehe.

Harap dapat membantu anda yang baru nak berhijrah untuk menjadi seorang usahawan. In Shaa Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Alamak jatuh !

Peluang perniagaan: Masa depan anda, pilihan anda...

Berniaga: Mentor menti...