Berniaga: Dengar tak...??



Dengar....nak dengar apa?

Adakah anda mendengar apa yang pelanggan anda mahukan atau perlukan?

Kita nak berniaga, jangan syok sendiri je. Jangan kita jual benda yang kita suka saja. Apa yang kita suka, tak semestinya pelanggan kita pun suka. Betul tak? 

Satu bisnes yang baik dan yang berdaya saing dan mampan ialah satu bisnes yang menjual produk atau servis yang akan membantu menyelesaikan masalah orang lain. Maksudnya, apa yang diorang hendak atau perlukan, itulah kita jual. Ini yang best! Nak menjual pun dah tak jadi susah.

Jadi kita perlu mendengar pasaran atau pelanggan kita, 

Ibarat seperti MENJUAL AIR KEPADA ORANG YANG HAUS.

Contoh, kita menjual mee rebus kepada orang yang lebih gemarkan spaghetti. Dia nak beli tak mee rebus kita??  Tentu tidak! Habis air liur dah kita dok cite betapa sedapnye mee rebus kita, tapi kalau dia dah tak berminat, sampai ke sudah pun dia tak akan beli (tapi ada jugak kes jurujual yang pandai berkata2, akhirnya terbeli jugak, tapi ni memang rare la).

Ada yang kata, nak buat bisnes tak perlu nak cek pasaran...tak perlu nak cek pesaing. Salah tu dik! Kita perlu tahu! 

Kita perlu tahu apa pasaran kita nak, apa yang diperlukan, baru lah win! Contoh kalau kita menjual jubah muslimah. Pasaran kita suka yang macam mana? Yang berkerawang? Yang ada bling2? Yang kaler merah jambu? Apa yang diorang nak, itu yang kita kasi.

Pesaing kita juga penting. Adakah mereka mengikuti tren pasaran? Kalau ya, tiru dan tambah baik kan lagi benda tu. Apa yang bagus tentang bisnes mereka kita ikut, apa yang tak bagus tentang bisnes mereka kita jadikan pengajaran dan kita buat lebih baik dari mereka.

Mulai sekarang, cek balik produk korang boleh menyelesaikan masalah apa? Gunakan penyelesaian tu sebagai marketing point korang. 

Contoh lagi, korang menjual satu krim kencantikkan kulit yang boleh menggebukan kulit muka, menghilangkan jerawat dan parut, dan memutihkan kulit. Panjang berjela kelebihan produk tu.

Ok, korang nak attack siapa? Katalah, nak attack golong muda yang mungkin ramai mempunyai masalah jerawat. Jadi, gunakan penyelesaian menghilangkan jerawat dalam kempen promosi korang. Ini boleh dijadikan sebagai Kempen #1. 

Seterusnya, tak nak bagi orang boring, kita mulakan pulak Kempen #2 iaitu nak putihkan kulit. Target orang2 yang nak putihkan kulit pulak. 

In Shaa Allah, produk korang akan lebih cepat dikenali.

Jadi, korang dah tahu apa pelanggan korang hendak?



Comments

Popular posts from this blog

Alamak jatuh !

Peluang perniagaan: Masa depan anda, pilihan anda...

Berniaga: Mentor menti...