Ramadhan berlalu, Syawal menjelma..


Ramadhan dah sampai di penghujung, sekarang bertemu lah dengan Syawal.

Sedih bercampur gembira. Harapnya, Ramadhan kali ini adalah yang lebih baik untuk kita daripada tahun2 yang lepas. 

Mulianya Allah kerana telah mengurniakan kita dengan satu bulan bonus untuk kita beribadah kepadaNya dan kumpul "points". Agar kita telah dapat mengambil peluang ini sebaik yang mungkin.

1 Syawal akan menjelang, hari dan bulan untuk kita meraikan kejayaan kita menempuh dugaan pelbagai nafsu. Tapi dalam kesibukkan kita merayakannya, jangan kita lupakan segala pengajaran yang kita dapat di bulan Ramadhan.

Kalau bulan2 biasa, air kosong tak pernah jadi favourite. Tapi dalam bulan puasa, air kosong punya la sedap! Ini lah yang Allah mahu kita pelajari, In Shaa Allah. Dia nak kita bersyukur dengan segala nikmat yang telah diturunkan dan dikurniakanNya kepada kita. Nikmat2 yang selama ini kita ambil ringan. 

Alhamdulillah x3

Semoga kita dipertemukan dengan lebih banyak lagi Ramadhan Mubarak....amin x3 Ya Rab.

Salam Aidilfitri dari saya, dan saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada yang tersinggung dengan perbuatan, kelakuan, dan juga perturturan saya.

Kepada yang drive balik kampung..semoga perjalan anda dipermudahkan dan senitasa di bawah perlindungan Allah...amiiin...

Comments

Popular posts from this blog

Alamak jatuh !

Peluang perniagaan: Masa depan anda, pilihan anda...

Berniaga: Mentor menti...