Buat Duit: Yang mana satu..?



Bila ditanya...ramai jugak yang nak jadi businessman. Tapi...ciri2 businessman seperti mana kah anda..?
Tahu tak ada dua ciri businesman iaitu PENIAGA dan USAHAWAN..? Ahaa..ramai orang tak tahu atau tak sedar yang ada perbezaan di antara kedua2 ciri tersebut.

Seorang peniaga ialah seorang businessman (atau businesswoman) jugak. Tapi, seorang peniaga hanya menjual produk atau servis keluarannya (atau barangan keluaran orang lain) sekadar untuk mendapat pendapatan setiap bulan. Setiap hari setiap malam aktiviti yang sama. Peniaga akan berniaga untuk keperluan diri sendiri sahaja.

Habis...usahawan??? Usahawan juga seorang businessman. Sama juga seperti seorang Peniaga...mereka juga menjual produk atau servis untuk mendapatkan pendapatan setiap bulan. Jadi, apa bezanya??

Seorang usahawan akan terus mencari jalan dan berusaha untuk mengembangkan lagi perniagaannya dan tidak akan mahu untuk berada pada takuk yang sama. Mungkin dengan menambah produk atau servis jualan. Mungkin juga mengembangkan bilangan cawangan perniagaan nya dan sebagainya.

Perniagaan seorang Usahawan berupaya berkongsi peluang perniagaan dengan orang lain. Di sini lah bermulanya titik mencari agen. Pada satu ketika nanti, agen2 ini lah yang akan berniaga untuk Usahawan tersebut. Perniagaan yang berada di tahap yang baik adalah apabila ianya dapat membuka peluang kepada orang lain.

Memang kita akan bermula sebagai seorang Peniaga...tapi jangan berhenti di situ saja. Teruskan usaha kita...sehingga satu hari nanti perniagaan kita akan menjadi lebih besar dan kita mempunyai jaringan jualan yang baik dan besar, In Shaa Allah.

Nampak tak perbezaanya? Memang kita nampak hari2 benda ni.

Pilihan di tangan kita sendiri. Ciri businessman apakah kita ?

Comments

Popular posts from this blog

Alamak jatuh !

Peluang perniagaan: Masa depan anda, pilihan anda...

Berniaga: Mentor menti...