Watch your ATTITUDE!


Cun ek gambar tu? Cam ceria je ek...

Assalam guys..salam Ramadhan Mubarak. Semoga tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun2 lepas, In Shaa Allah.

Puasa, puasa la jugak. Tapi, kerja, kerja la jugak...kan?? Tak de kena mengena puasa dan tak boleh bekerja...haha. Yes, memang patut kita ambil peluang rezeki dan rahmat yg Allah limpahkan dalam bulan yang mulia ini. Tapi Allah juga nak hamba dia balance atau imbangkan antara hal2 dunia dan juga akhirat.

Jadi topik perkongsian hari ni ialah....ATTITUDE atau SIKAP. 

Susah juga saya nak sentuh pasai sikap kita terhadap Tuhan...saya bukannya Ustaz...jadi tak qualified. 

Nak sentuh pasai sikap terhadap keluarga atau manusia seluruhnya...saya bukan Prof Muhaya.

Tapi saya nak sentuh sikap kita sebagai seorang usahawan. Dalam apa saja yang kita lakukan, ATTITUDE IS EVERYTHING. Sikap akan mencerminkan siapa diri kita dan kualiti diri kita.

Nak berniaga ni bukan nye senang, tambahan pula kalau kita kena mula dari zero. Dalam usaha kita untuk menjadi FROM ZERO TO HERO, banyak benda baru kita kena belajar, banyak halangan, rintangan, kata2 negatif, dan sebagainya. Semua tu akan datang sekali serentak...togedegede katanya. Jadi apakah sikap kita untuk mngharungi semua benda2 tu?

Ada orang cepat mengalah apabila perniagaan mereka didatangi masalah. Terus berhenti mencuba. Sebagai manusia, kita tak akan pernah kering dengan masalah. Ini yang kena ingat. Tapi apa yang akan membezakan antara terer dengan yang tak terer ialah sikap. Orang yang win, dia akan redha dengan masalah tapi pada masa yang sama, dia akan tetap mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Tak semua masalah boleh settle dalam sekelip mata. Setengah2 masalah, kita kena settlekan benda2 lain dulu baru la masalah tu boleh settle

Yang penting, jangan lari dari masalah. Kalau kita lari dari masalah yang ini...masalah lain akan datang jugak sebab itu memang lumrah manusia. Tapi kalau kita redah je, cari penyelesaian, cari jalan, In Shaa Allah ia akan membuatkan kita belajar dan mungkin juga akan menjadi orang yang lebih bersyukur. Ya betul, tak semua masalah kita boleh settle. Mungkin kita sendiri akan menemui jalan buntu. Tak salah kalau kita nak mintak bantuan atau pendapat orang lain untuk membantu kita menyelesaikannya. Apa yang penting ialah kita sendiri yang cuba untuk menanganinya.

Ada jugak yang cepat gelisah dan cepat panik. 

Pertama sekali saya nak cakap...RELAX! Bila kita panik, kita tak akan dapat berfikir dengan betul. Elok2 dah ada masalah, disebabkan keputusan yang kita ambil masa tengah panik tu, lagi teruk pulak jadinya. Benda yang kecil tak perlu la diperbesarkan. Yang kecil biar kecil sebab yang besar kita tak leh nak kecilkan! Betul tak?

Bila dah relax kita cari apa sebenarnya masalah ni dari peringkat akarnya. Masalah ni macam tumbuhan, kalau kita spray racun ke belah atas saja, dia mati sekejap saja pastu tumbuh balik. Sebab apa? Sebab akar dia masih hidup dan masih baik. Tapi kalau kita serang di akarnya, pasti settle...kan? Langkah yang perlu diambil:
  1. Kenal pasti masalah tersebut
  2. Cari penyelesaian berpotensi kepada masalah tersebut
  3. Laksanakan atau SERAAAANG!!!
Lagi satu...apa2 pun masalahnya, tak payah la dok buat self-pity. Dok buat2 cerita sedih supaya orang lain kasihankan kita. Forget it! Buat la cerita telenovela sekali pun, takde orang kesah! Kawan suka memang ramai, kawan berduka cukup2 jari tangan je. Ini pengalaman saya sendiri ya. Kalau terkena ngan korang, kebetulan je kot,.hehe. Menjaja cerita sedih ke hulu ke hilir...tak de orang kesah pun. Diorang pun ada masalah diorang sendiri. Kengkadang self-pity boleh buat orang menyampah kat kita. Ada yang tak nak lepak ngan kita sebab...."Malas la nak lepak ngan dia, asyik cite sedih je!"

Self-pity juga akan meracuni diri kita sendiri yang akan terus bagi gambaran negatif pada diri kita dan boleh menjejaskan keyakinan diri kita...haaa yang ni DISASTER!

Jadi ini lah antara sikap2 asas yang saya tengok dan pernah saya alami. Dulu2 saya macam tu jugak, cepat melenting, cepat panik. Sampai lah satu masa arwah ayah saya bagi satu nasihat "Don't stress on things that are beyond your control" Tak perlu kita nak susah2 pasai benda yang diluar kawalan kita. 


So apa2 pun stay relax, stay macho dan stay focus. 

Comments

Popular posts from this blog

Alamak jatuh !

Peluang perniagaan: Masa depan anda, pilihan anda...

Berniaga: Mentor menti...