Berniaga: Boleh tahan ke tak boleh tahan...?



Tak semua usahawan akan mempunyai jalan senang untuk berjaya. Cabaran demi cabaran. Dugaan demi dugaan. 

Tanya lah semua orang yang berjaya menjadi ZERO TO HERO. Pernah tak mereka berasa susah? Pernah tak mereka jatuh ditimpa tangga?

Mesti ada! Tak percaya? Pegi la tanya diorang!

Mesti ada yang menangis dalam senyuman. 
Mesti ada yang dah sampai jalan buntu dan rasa macam nak menyerah kalah.
Mesti ada yang jual rumah, jual kereta, nasib baik tak jual maruah je.
dan bermacam2 lagi...

Tak ada siapa akan kata buat bisnes ni senang. Kalau ada, memang ada kabel baik nya la tu. Hahaha. Kalau senang, mesti ramai gila millionaire atau billionaire.

Topik yang nak dikongsikan kali ini ialah... ENDURANCE atau daya ketahanan.

Adakah anda mempunyai endurance untuk menjadi seorang usahawan??

Kita kena kekalkan tahap endurance kita 100%. Dari awal sampai jadi. Biarlah apa yang datang sekali pun..kita patut teruskan apa yang diusahakan.

Dulu2 pun dalam beberapa bisnes2 awal saya...berapa kali jugak la "hot2 chicken shit". Buat satu bisnes, tak kena gaya sikit...tinggal! Buat yang baru, ada je masalah....tutup! Dan proses nya berterusan je macam tu.

Tapi sampai bila?! Kalau asyik buka-tutup, buka-tutup....adoi...malu la! Bila nak buit duit?? Kan??!

So saya pergi cari ilmu. So dapat la pelajaran...

"Fokus! Buat sampai jadi!"

:Energy kena kekal tinggi"

Ada setengah orang, bisnes itu nak buat...bisnes ni nak buat...akhir sekali sibuk sampai tak tahu apa yang dikerjakan. Yang lagi sedih kalau akhir sekali, satu apa pun tak jadi. Masa habis, keringat habis, silap2 duit pun habis begitu saja. Korang pernah tak tengok orang macam ni? Dulu saya pun salah sorang daripada orang yang macam tu.

Pernah jugak kita rancang nak buat satu benda, tapi bila ada yang mengalihkan perhatian kita, terus kita jadi slow atau terus berhenti.

Apa yang patut kita buat ialah bila kita mulakan satu2 bisnes, kekalkan fokus dan teruskan usaha sampai ianya jadi. Cuba kita test, kalau kita buat dua tiga benda dalam satu masa, kita tak dapat nak nak fokus sangat kalau dibandingkan kalau kita fokus pada satu bisnes dalam satu masa. Mesti macam2 idea kita dapat kalau semua daya pemikiran kita fokus pada satu benda. Letih pun tak la sangat. Sebab semua tenaga kita akan curahkan pada bisnes yang satu tu je.

Memang ada yang nak buat bisnes macam2. Takpa, kita buat one by one. Dah jadi satu, baru kita buat lagi yang baru. Tak salah! Bak kata orang, pelan2 kayuh. Kalau macam ni, setiap bisnes kita akan ada kualiti tinggi. Kalau semua bisnes kita berkualiti baru lah empayar perniagaan kita akan jadi kualiti.

Energy kena sentiasa tinggi. Apa maksud nya? Energy boleh disamakan dengan semangat. Cuba korang ingat balik semangat korang masa memulakan bisnes tu. Masa tu memang tinggi. Masa tu semua boleh buat. 

Tapi dah menjadi lumrah. Kalau ada masalah sikit, mesti kita terjejas. Kereta pun kalau tengah laju, kalau ada bonggol, mesti slow jugak, kan? Tapi, lepas bonggol tu kita akan kembali ke speed asal (jangan kena speed trap sudah!). Masuk akal tak?

Jadi, macam mana nak kekalkan energy dan fokus kita?

Salah satu jawapan yang ketara ialah BIG WHY korang. Apa yang membuatkan korang nak buat bisnes? Kenapa korang nak buat bisnes? Kenapa korang buat bisnes tu? Apa impian korang?

Big Why korang mesti lah kuat. Kalau ada Big Why tapi energy atau fokus masih lari2...maknanya korang kena cari Big Why baru.

Apa2 pun...iringi doa kepada Allah dalam usaha2 korang untuk jadi usahawan yang berjaya. Ini yang penting!

SO! All the best, ya!

Comments

Popular posts from this blog

Alamak jatuh !

Peluang perniagaan: Masa depan anda, pilihan anda...

Berniaga: Mentor menti...