Bisnes Online: Bagaimana Visual Marketing dapat membantu perniagaan?


Alhamdulillah, syukur dengan limpah kurniaNya. Hari ini Bigniaga telah memulakan satu Division baru iaitu Bigniaga.Studios. Ia bertujuan untuk membantu perniagaan2 terutamanya IKS untuk mencipta dan buat Visual Marketing. Antara servis2 yang ditawarkan konsultansi Marketing & Branding ke arah Branding Video, Marketing Video , dan gambar2 produk.

Visual Marketing atau Pemasaran Visual ialah cara terkini kempen pemasaran. Sekiranya anda masih lagi belum mempunyai video tentang perniagaan anda, produk anda, dan sebagainya...bertindak lah sekarang. Bukan masanya lagi untuk kita pikir samada ianya berbaloi atau pun tidak. Bisnes lain dah mula buat, kita jangan tertinggal bas!


Apa penting nya Visual Marketing? Macam mana ia boleh membantu perniagaan kita?

  1. Sesebuah video dapat meningkatkan visibiliti enjin carian - Pernah tak kita buat sesuatu carian di Google atau sebagainya, Keputusan 3 teratas mesti video2. Jadi, besar kemungkinan, dengan adanya video, pautan kita dapat melompat atas pautan pesaing2 kita. Lagi tinggi pautan kita, lagi tinggi potensi pendedahan kita.
  2. Tahukah anda bahawa YouTube adalah enjin carian kedua popular di dunia selepas Google. YouTube mempunyai berbilion penonton. Ada yang kata 1 bilion sebulan, ada yang kata 4 bilion sehari. Ramai tu! Dan bukannya semua diorang ni tengok kartun saja...an an an.
  3. Video dapat menarik lebih perhatian - Penonton dapat menyaksikan semangat dan minat anda dan juga mereka dapat melihat bagaimana produk anda boleh menmanfaatkan mereka.
  4. Anda boleh dapat pendedahan yang banyak dengan hanya satu video -  Dengan adanya video, anda boleh buat pautan ke Facebook, Twitter, LinkedIn, Pinterest, dan sebagainya.
  5. Pada masa sekarang, ramai orang lebih suka tengok video daripada membaca iklan atau tengok gambar.
  6. Buat video sekali tapi boleh pakai selagi tak basi ( kengkadang sampai 2-3 tahun).
  7. Telefon kita dah semakin pintar, jadi pada masa sekarang, ramai orang tengok video menggunakan telefon mereka.
Jadi, kalau Visual Marketing masih lagi belum ada di dalam perancangan atau kempen pemasaran anda, tunggu apa lagi??? Gerak pantas!

Comments

Popular posts from this blog

Alamak jatuh !

Peluang perniagaan: Masa depan anda, pilihan anda...

Berniaga: Mentor menti...