Berniaga: Senjata SENYUM..



Cuba pergi depan cermin dan senyum. Ok, berhenti senyum. 

Mana lagi best? Mesti la muka yang tersenyum, kan ?
Percaya tak anda bahawa senyum itu adalah senjata? Boleh memikat seseorang, boleh memujuk yang tengah merajuk, boleh menyindir, dan juga boleh mulakan perkenalan. Habis, apa kena mengena dengan perniagaan??

Senyuman akan buat orang lain selesa untuk berbual dgn kita. Cuba bayangkan dan bandingkan kita nak membeli dari satu kedai ni....penjual kat situ muka ketat je...pergi pulak kat kedai lagi satu...muka manis je, senyum je, bercakap pun mesra dan muhibbah habis! Haaa..kedai mana satu yang anda akan pilih ?? 

Di Malaysia ni, banyak bisnes lebih pentingkan duit atau keuntungan. Ya! Memang itu lah sebabnya kita buat bisnes, nak untung! Tapi, sedar tak kita...kalau bisnes kita tak ada pelanggan, macam mana ? Untung ke ?? Koyak bang!! Jadi senyum la pada pelanggan anda. Ia akan membuatkan mereka berasa selesa dengan anda dan juga bisnes anda. 

Pernah tak terpikir kenapa kalau kita pergi restoran sushi, asal kita masuk je diorang akan sebut MASHI MASHEEEN!!! (sorry, saya tak tau dan tak paham apa yg diorang sebut). Masuk pula ke kafe diorg jerit lagi WELCOME TO COFFEE BEAN!! Pastu dia nye staff semua senyum tak hinggat punya! 

Ada satu cerita, ibu dan anak. Bukan ubat batuk! Ada seorang ibu dan anak ni dok lepak kat satu kopitiam...anak dia tertumpah la milo ais. Habis cite. Kes yang serupa juga, cuma kali ni di sebuah kafe Coffee Bean dan ibu dan anak tadi pun yang lain. Anak nya tertumpah la segelas minuman diorang. Tanpa banyak tanya dan songeh..ada seorang staff kafe tu bawa segelas minuman yang baru...free of charge! Korang rasa apakah perasaan ibu kat kafe tu ?? Mesti cam terharu ek?

Geng, apa la sangat kalau rugi RM5 tapi dpt masuk balik RM15..kan? Kira benda tu cam kos pemasaran je la. 

Simple je sebab dia...diorang nak kita berasa best di tempat diorang. Bila kita rasa best, kita datang lagi tak?? Ya betul! Pasti kita datang lagi...silap2 kita bawak lagi ramai kawan2 kita.

Ramai orang lebih suka komplen daripada bagi ide2 bernas atau membina. Kita pun kengkadang tu mengkritik la jugak kan. Ok kita ambil segala yang dikomplen kita terbalikkan dan jadikan sebagai kekuatan bisnes kita. Sebab kalau ada sesuatu benda yang kita tak suka, pasti ada juga orang lain yang sama dengan kita. Pendek kata, LAYAN ORANG SEPERTI MANA KITA MAHU DILAYAN.

Lagipun, senyum kan sedekah. Jangan lupa senyum ye..!

Comments

Popular posts from this blog

Alamak jatuh !

Peluang perniagaan: Masa depan anda, pilihan anda...

Berniaga: Mentor menti...