How's business ??

Sejak akhir2 ni...saya berjumpa ramai orang yang mengeluh akan prestasi perniagaan mereka yg sedang menurun. Ada juga yg sudah "tutup kedai". Perniagaan saya juga sedikit sebanyak terasa yg sama hasil daripada keadaan ekonomi yg tak berapa sihat dan juga harga barangan atau servis yg turut meningkat.

Apa patut kita buat?

Dah berapa kali saya minum di kedai2 mamak, saya terdengar keluhan2 dari meja2 sebelah. Itu tak betul, orang itu patut buat ini, kerajaan tak buat itu tak buat ini, dan bermacam lagi. Sehinggakan saya tertanya, disebalik keluhan2 tu apakah yg mereka buat untuk mengharungi atau mengatasi keadaan ini ??

So? Apa patut kita buat ?

First of all, nak komplen ke nak marah ke, teruskan. Kita hanya manusia biasa, kan ? Tapi sikit2 cukup lah. Yg paling penting, apakah tindakan kita seterusnya ?

Pendapat peribadi saya...pertama, kita kena jaga HUTANG syarikat. Klu boleh settle cepat, lagi bagus. Sebab kalau keadaan tak pulih dalam masa terdekat, silap2 perniagaan kita takde income. Bila takde income, macam mana nak bayar hutang? Ini yg boleh membawa ke arah "tutup kedai". Kalau terus dapat anugerah MUFLIS...lagi teruk. Lepas ni nak buat bisnes atau nak buat pinjaman akan menjadi satu masalah.

Jangan tambah HUTANG BARU sehingga keadaan agak stabil dan menampakkan peningkatan. So, kepada sesapa yg nak beli kereta baru, bot baru, motor baru..apa kata kalau kita rilek jap. Usha dulu keadaan. Tapi kalau nak beli benda2 yg nilainya akan bertambah seperti hartanah, saya rasa ok (kalau ada kemampuan). Sebab selalunya, masa ekonomi yg macam ni memang harga2 hartanah akan turun sikit. So mungkin kita boleh dapat harga beli yg lebih baik.

Next, "downsizing". Memang tak sedap bunyinya dan tak sedap juga bila kita nak melakukannya. Tapi demi masa depan bisnes kita, kalau dah sampai ke tahap ini ia terpaksa dilakukan.

Bila kita cakap pasai downsizing, ramai orang akan pikir kita nak buang pekerja. Betul, tapi tak semestinya. Tapi downsizing pun boleh dibuat dengan cara lain. Salah satu cara ialah premis kita. Mungkin sekarang di lokasi yg mahal, kita boleh berpindah ke lokasi yang lebih murah. Ataupun, gabungkan jabatan2 (divisions/departments) di dalam bisnes kita. Kita buat multitasking atau dalam erti kata lain...seorang staff akan buat 2-3 kerja. Selain daripada tu kalau kita ada kenderaan2 syarikat contohnya, kita boleh kurangkan atau tukarkan dengan yg lebih murah (terutamanya dari segi maintenance) dan lebih praktikal.

Next, buat pay-cut. Potongan gaji bulanan. Tapi bila cakap pasai ni...ramai bos2 dia potong gaji pekerja, tapi gaji dia tak potong. Haha. Mana aci!!! Secara peribadi, pertama sekali, potong gaji bos dulu sebab bos ialah owner bisnes yg ada saham syarikat. Apa2pun, bisnes tu bos yg punya. Hujung tahun pun boleh dapat dividen kalau ada keuntungan. Pekerja ni adalah antara aset2 penting syarikat dan kebiasaanya mereka tak ada saham syarikat jadi takde dividen cuma harapkan bonus tahunan je, itu pun kalau bos bagi. Kalau mereka tinggalkan kita, lagi teruk operasi syarikat.

So bagi saya, jangan cepat sangat putuskan utk potong gaji mereka, mula dengan kita dulu...kalau dah tak dapat dielakkan baru la ke situ. Nah, sekarang baru adil! Hehe

Next, cari income stream baru dlm bisnes kita. Erti kata lain, apa lagi cara untuk bisnes kita dapat income. Contohnya, sekarang kita buat bisnes spa kesihatan yang menawarkan perkhidmatan urut badan, kaki, dan sebagainya. Mungkin lepas ni kita boleh tawarkan servis cuci muka (facial), atau menjual produk2 kecantikkan dan kesihatan kulit, atau kita boleh buat servis spa di rumah2 pelanggan, dan seterusnya.

Dalam keadaan ekonomi yang merosot dan tahap kehidupan yang mahal, ramai orang akan membendung atau kurangkan perbelanjaan mereka. Mereka akan pilih benda2 atau servis2 yg betul2 berbaloi untuk mereka berbelanja. Jadi kita kena cari apakah benda2 yg mereka masih mahu berbelanja.

Dalam keadaan ini juga, ramai orang mahukan produk2 murah saja. So, kita boleh buat satu produk atau servis untuk kategori murah untuk tarik pelanggan2 di kategori ini. Contoh, ada satu peniaga pau. Inti sedap, penuh, gebu dan ini harganya. Ada yg komplen mahal. Takde masalah, dia ada kategori murah tapi inti tak berapa penuh, saiz pun kecil sikit. Nampak? Kalau sanggup bayar pilih yg terbaik. Kalau tak sanggup bayar, pilih yg kurang baik sikit. So maksudnya, untuk bisnes tu dia masih lagi boleh jana pendapatan.

Objektif kita di sini ialah untuk mencuba kurangkan overhead bulanan untuk dipikul oleh income yang kita dapat sekarang. Kalau overhead lebih daripada income, takde untung. Bila takde untung, bisnes tak boleh maju.

Bottom line, ada macam2 cara yg kita boleh usahakan. Cuma hanya perlu cari saja dan buat tindakan. Sedih jugak kalau bisnes yg kita dah bina sekian lama, bila ada masalah kita terus give up.

Kita harus ingat, kita tak ada control ke atas ekonomi dunia/negara, kerajaan, YB, jiran kita, pesaing2 kita, majlis perbandaran dan sebagainya. Tapi kita boleh control diri kita sendiri.

So apakah tindakan kita?

Comments

Popular posts from this blog

Alamak jatuh !

Peluang perniagaan: Masa depan anda, pilihan anda...

Berniaga: Mentor menti...