Frust dengan Social Media Marketing !!

Social Media Marketing.....setengah orang, dia gelak je bila dengar ayat ni. setengah lagi, terus meremang je bulu roma. Korang yang mana?

Kalau korang tergolong dalam mana2 kategori pun, memang kita tak dapat lari dari Social Media Marketing.  Kepada yang tak sure apakah bendanya ni, ia adalah satu cara pemasaran menggunakan laman2 media sosial seperti Facebook, Instagram, YouTube, dan sebagainya. Zaman sekarang kalau nak berniaga selain daripada ilmu2 (bukan ilmu hitam, ye!) lain, kita harus belajar cara2 membuat kempen pemasaran menggunakan platform2 media sosial.

Tapi kenapa??

Sebab:-

a. pelanggan sasaran kita ada di situ, mereka juga menggunakan media sosial

b. saluran pemasaran yang murah kalau dibandingkan dengan cara pemasaran tradisional yang lain seperti. tv, radio, majalah, dsbnya.

Tapi ramai yang frust dengan social media marketing (samada mengaku atau tak mengaku). Dah pergi kursus, bayar dah beribu, tapi ada juga yg sales masih di tahap sama.

Apa2 pun...kita kena faham dulu apakah fungsi laman media sosial. Maksudnya, orang pakai media sosial untuk apa ? YES! untuk bersosial la kan? Diorang nak tengok apa cite kawan2 diorg...nak tengok kawan2 diorang makan durian la, mandi sungai la, bercuti di eropah, dan macam2. Kita aje yang tetiba nyebok2 nak menjual...bagai nak rak plak tu ! hahaha. Korang tahu tak siapa yang masuk facebook untuk bershopping ? Ataupun buka je facebook semata2 nak tengok fb ads. Ada tak?

Ok. so sekarang kita tahu tujuan media sosial dan orang pakai media sosial adalah untuk BERSOSIAL. Jadi, kempen pemasaran kita di media sosial harus lah ke arah awareness (kesedaran). Tak kisah samada product awareness, brand awareness, atau business awareness. Tapi, dalam kita dok buat camni, kalau tetiba ada sales...ALHAMDULILLAH! 

Kempen pemasaran juga harus berlaku secara offline dan juga online. Ramai antara kita, bila dah mula buat online,  dia terus tinggalkan yang offline. Korang jangan buat macam ni. Online marketing ialah saluran tambahan untuk pemasaran perniagaan kita. Takpa2, yang offline ada cerita dia, tapi sekarang kita nak cerita pasal online dulu.

Ok, jom tengok rajah di bawah. Rajah ni kita ibaratkan sebagai satu marketing funnel yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu A dan B. Dalam rajah ini ada satu contoh perbandingan antara laman media sosial dan juga enjin carian (search engine seperti Google, Yahoo, dan sebainya).


Kita dah tahu apakah fungsi dan tujuan orang pakai laman media sosial jadi bahagian A ialah awareness. So, orang pakai search engine untuk apa pula??? Majoriti orang pakai search engine untuk mencari jawapan. Jadi kita boleh ibaratkan bahagian B sebagai mencari jawapan. Di bahagian B, boleh dikatakan orang dah nak buat keputusan untuk membeli sesuatu benda. Contoh, saya dah buat keputusan untuk beli minyak wangi. Cuma saya nak tahu jenama apa yang paling best dan mungkin, jenama apa yang sesuai dengan bajet saya. 

Sama jugak untuk orang2 di dalam sektor perkhidmatan. Ada di antaranya yang mengatakan mereka tak sesuai dengan social media marketing sebab mereka tak menjual barangan. Tak semestinya. Media sosial boleh digunakan sebagai satu platform untuk kita buat awareness perkhidmatan kita. Setidak2nya, untuk pelanggan tahu kita wujud, untuk pelanggan tahu apa yang kita tawarkan, dan di mana kita berada.

Kepada yang tengah frust dengan social media marketing, apa kata kalau kita rilek aje. Jangan sampai apabila tidak ada sebarang sale, kita terus tinggalkan social media marketing.

Kalau masih kurang berjaya, meh kita tengok dari sudut yang lain iaitu awareness. Kita tukar misi kita dan jadikan laman2 media sosial satu platform untuk kita buat awareness dan segala maklumat lanjut atau penjualan boleh dibuat secara offline. 

Ok? Jangan frust lagi ye..?

Comments

Popular posts from this blog

Alamak jatuh !

Peluang perniagaan: Masa depan anda, pilihan anda...

Berniaga: Mentor menti...