Jutawan dan Stokin lama

Lagi kaya, lagi kedekut..

Mintak Allah hindarkan kita daripada perangai camni...amiin. Banyak kelebihan kepada kita kalau kita selalu memberi. Nabi kita lebih suka kepada orang yang memberi daripada yang menerima. 

Hari ni saya nak petik sikit sebuah kisah yang saya dapat daripada satu ceramah Ustaz Elyas Ismail. Tajuk cerita ialah Jutawan dan stokin lama (versi saya).

Seorang hamba Allah yang kaya raya sedang sakit dan tahu yang beliau tidak akan hidup lama lagi dan memberitahu anak2nya... "Apabila ayah meninggal nanti, sarungkanlah stokin lama pada jenazah ayah." Anak2nya bersetuju dalam kehairanan. Tapi mereka mengiakan saja permintaan ayah mereka itu.

Selang beberapa bulan, ayah mereka meninggal dunia. Selepas jenazah dimandikan dan sebelum dikapankan, anak2nya teringatkan permintaan ayah mereka dan meminta izin dari Ustaz yang sedang menguruskan jenazah itu untuk disarungkan stokin. Ustaz itu terkejut dan berkeras mengatakan ia tak boleh dilakukan sebab jenazah harus di balut dengan kain kapan dan bukan disarungkan stokin.

Terus anak2 itu memanggil seorang peguam yang memegang wasiat ayahnya dan terus ditanya, apa benar arwah ayah mereka mewasiatkan agar jenazahnya disarungkan stokin? Peguam pun cek2 dokumen wasiat. "Ya benar! Arwah memang mewasiatkan agar jenazahnya disarungkan stokin lama", kata si peguam. "Tapi ayatnya tak habis di situ saja", tambah si peguam dan dia pun terus membaca lagi...


"Wahai anak2 ku, memang benar ayah telah meminta agar jenazah ayah disarungkan sepasang stokin lama. Tapi ianya hanyalah untuk memberikan gambaran kepada kamu semua. Apabila kita mati, stokin yang lama, busuk, dan berlubang2 pun tak boleh dibawa mati apa tah lagi banglo, wang ringgit, kereta mewah.."

Bila kita mati, hanya amalan saja yang akan ikut dan menemani kita..bukannya gelaran, bukannya harta kekayaan. Jadi tak perlu lah kita sombong dengan duit kita, tak perlu la kita sombong dengan gelaran kita...semua manusia adalah sama di mata Allah dan yang membezakannya adalah amalan.

Belum ada orang yang miskin disebabkan dia suka bersedekah. Allah berfirman, Dia takkan benarkan orang itu papa dengan sedekah dan apabila sesorang itu bersedekah akan dipanjangkan umurnya dan dimurahkan rezeki, In Shaa Allah. Yakin lah...


Ya Allah...kau ampunkan lah dosa2 ku, dosa2 ibu bapa ku, dosa2 ahli2 keluarga ku, dan dosa2 kawan2ku...biarlah kami sentiasa beriman kepada Mu, Ya Allah dan terima lah ibadah kami sepanjang hayat kami....amiin amiin amiin Ya Rabbal Alamiin

Comments

Popular posts from this blog

Peluang perniagaan: Masa depan anda, pilihan anda...

Alamak jatuh !

Nak kaya, tapi....