Kenapa SABAR itu susah...?

Ada orang susah nak marah, ada yg sikit2 nak marah, dan ada juga yg asyik marah saja! 

Tapi kita tahu yg sabar itu separuh daripada iman dan  Allah bersama dgn orang yg sabar. Betul tak? Habis kenapa kita susah nak sabar atau kadang2 tak nak sabar langsung? Kurang kepercayaan kah? Kurang keyakinan terhadap Allah? Atau dah perangai kita camtu? haha

Semalam saya dok layan sikit ceramah Ustaz Syamsul Debat di youtube. Perkongsian yang memang menarik iaitu cerita mengenai Saidina Abu Bakar yg dimaki hamun oleh seorang Badwi. Ok..klu nak dicite balik...citenya berbunyi camni la lebih kurang...

Pada satu ketika Saidina Abu Bakar sedang bersama dengan Rasulullah dan didatangi oleh seorang Badwi yg sedang marah dan dimaki hamun Saidina Abu Bakar. Beliau menoleh, tengok orang itu, dan tanpa berkata apa2 beliau berpaling semula ke arah Rasulullah dan Rasulullah tersenyum kepada Abu Bakar. Sekali lagi org Badwi itu memaki hamun Abu Bakar dan sekali lagi Abu Bakar menoleh dan memandang lelaki tu dan kemudian berpaling kembali ke arah Rasulullah. Rasulullah tersenyum lagi. Buat ketiga kalinya, lelaki Badwi itu marah2 lagi keada Abu Bakar dan.... INI KALI LAH! Abu Bakar tak bagi can, terus dia pergi kpd orang itu dan mengamok sambil memaki hamun lelaki itu,

Pada masa yg sama, Rasulullah terus bangun dan beredar dari situ tanpa memberi salam kepada Abu Bakar. Rasulullah ni Nabi yang agung sehinggakan apabila Baginda berkelakuan sebegitu para sahabat tahu bahawasanya Baginda tengah marah gile tu! Kita kalau "marah gile" maksudnya dah mengamok2 dah...silap2 dah bertumbuk...itu kita. Tapi Rasulullah....dia bangun dan terus beredar tanpa berkata apa2 termasuk lah tak bagi salam....itu gempaknya Rasulullah dapat menahan sabarnya. Kita boleh ke buat camtu? Saya kompom tak boleh! hahaha. Ok, berbalik kpd cite kita ni...

Allahumma salli ala Muhammad...wa'ala ali Muhammad

Saidina Abu Bakar, melihatkan Rasulullah beredar sebegitu rupa...dia tahu yg baginda tgh marah. Terus Abu Bakar berlari meluru ke arah Rasulullah. Sambil berkata (lebih kurang camni la) " Ya Rasulullah (x3), kenapa wahai Rasulullah, kenapa terus pergi sebegini, beritahu padaku apa sebabnya Ya Rasulullah?!". Tau apa baginda jawap?

Rasulullah cite, semasa kali pertamaAbu Bakar menahan sabar tanpa berbuat apa2 kpd lelaki Badwi itu, Baginda nampak ramai malaikat turun dan berada di keliling Abu Bakar sambil mendoakan kesejateraannya. Itu sebab Rasulullah tersenyum. Kali kedua, Abu Bakar sekali lagi menahan sabar....lebih ramai malaikat2 turun dan mendoakan kesejahteraan Abu Bakar. Tapi, pada kali yg ketiga apabila Abu Bakar mengamok....semua malaikat terus meningalkan Abu Bakar dan semua tempat2 malaikat ini digantikan oleh para syaitan dan menghasut Abu Bakar utk terus marah dan marah dan marah. Itu lah sebab kenapa Baginda terus tinggalkan tempat itu.

Ini lah sebab apabila kita sedang marah, kita boleh buat macam2 benda tak elok, boleh mengeluarkan macam2 kata yg tak elok. Astaghfirullah....Subhanallah...

Best kan cite ni? Silap2 boleh menitiskan air mata. 

SO dari cite ni kita boleh tahu kenapa..

SABAR ITU SUSAH

dan kenapa

SABAR ITU INDAH

Banyak ganjarannya klu kita bersabar....tidak terhad kepada cite ni je. Ada lagi ganjaran2 lain termasuklah daripada Allah..cer korang tanya ustaz korang...pastu jgn lupa share kat sini ek. Sama2 kita belajar dan sama2 kita ingat mengingati sesama umat.

Harap2 lepas ni...kita akan cuba lebih utk sabar...In Shaa Allah.


Comments

Popular posts from this blog

Peluang perniagaan: Masa depan anda, pilihan anda...

Alamak jatuh !

Nak kaya, tapi....