Posts

Showing posts with the label keusahawanan

Nak kaya, tapi....

Image
Nak pangkat besar..tapi kerja sambil lewa. Nak gaji besar, tapi tak jaga kewajipan kerja dengan betul. Nak buat bisnes, tapi tak nak susah. Nak berjaya, tapi malas nak rebut peluang. Nak kaya, tapi malas usaha. Pernah tengok atau dengar senario2 kat atas ni ? Pasti ada, kan? Mungkin antara kawan2 kita, sedara mara kita, dan yang best sekali...diri kita sendiri! Hahaha Jom kita renungkan ayat ni... Bukan susah nak jadi susah dan bukan senang nak jadi senang. Faham ke faham ?  Apa saja yg kita nak capai harus ada usaha. Nak pergi bilik air pun kena usaha, betul tak ?? So...sama juga la kalau kita nak berjaya. Ramai orang nak kaya dan berjaya tapi malas nak buat apa2. Pendek kata, nak kerja senang tapi nak pulangan yang besar. Kita kena ingat, lagi tinggi risiko lagi tinggi la pulangannya. Jarang ada benda risiko rendah tapi pulangan besar. Apa maksudnya ni ? Ok, contoh. Kita bekerja makan gaji, hujung bulan dapat ...

Testimoni produk..

Image
Pernah tak kita tanya ni: Ada orang beli ke produk ni? Betul ke bagus? Boleh percaya ke ? Sebelum kita buat keputusan untuk membeli sesuatu produk atau servis, soalan2 di atas adalah di antara soalan2 yang akan kita tanya. Tanya pada diri sendiri, tanya pada kengkawan, dan sebagainya. Ada setengah orang dia nak tengok orang lain beli dulu produk tu dan ambil tahu maklum balas tentang produk tu. Kalau baik, baru dia nak beli. Siapa yang cenggini, angkat tangan !  :)) Memang camtu la kebiasaanya. Selain daripada kita tunggu maklum balas , kita juga nak tahu samada peniaga tu scam  (penipu) atau pun tidak. Betul ke lepas orang dah buat bayaran, peniaga tu akan hantar (contohnya). Jawapan kepada soalan yang berbunyi begini ialah TESTIMONI .  Kalau kita ada kedai fizikal, berapa ramai orang yang datang ke kedai kita menjadi ukuran di mata pelanggan. Betul tak? Hahaha Jangan tipu la, mesti ada di antara kita bila tengok je restoran tu ramai ...

Frust dengan Social Media Marketing !!

Image
Social Media Marketing .....setengah orang, dia gelak je bila dengar ayat ni. setengah lagi, terus meremang je bulu roma. Korang yang mana? Kalau korang tergolong dalam mana2 kategori pun, memang kita tak dapat lari dari  Social Media Marketing.  Kepada yang tak sure  apakah bendanya ni, ia adalah satu cara pemasaran menggunakan laman2 media sosial seperti Facebook, Instagram, YouTube, dan sebagainya. Zaman sekarang kalau nak berniaga selain daripada ilmu2 (bukan ilmu hitam, ye!) lain, kita harus belajar cara2 membuat kempen pemasaran menggunakan platform2 media sosial. Tapi kenapa?? Sebab:- a. pelanggan sasaran kita ada di situ, mereka juga menggunakan media sosial b. saluran pemasaran yang murah kalau dibandingkan dengan cara pemasaran tradisional yang lain seperti. tv, radio, majalah, dsbnya. Tapi ramai yang frust dengan social media marketing (samada mengaku atau tak mengaku). Dah pergi kursus, bayar dah beribu, tapi ada juga yg sales masih di tah...

How's business ??

Sejak akhir2 ni...saya berjumpa ramai orang yang mengeluh akan prestasi perniagaan mereka yg sedang menurun. Ada juga yg sudah "tutup kedai". Perniagaan saya juga sedikit sebanyak terasa yg sama hasil daripada keadaan ekonomi yg tak berapa sihat dan juga harga barangan atau servis yg turut meningkat. Apa patut kita buat? Dah berapa kali saya minum di kedai2 mamak, saya terdengar keluhan2 dari meja2 sebelah. Itu tak betul, orang itu patut buat ini, kerajaan tak buat itu tak buat ini, dan bermacam lagi. Sehinggakan saya tertanya, disebalik keluhan2 tu apakah yg mereka buat untuk mengharungi atau mengatasi keadaan ini ?? So? Apa patut kita buat ? First of all, nak komplen ke nak marah ke, teruskan. Kita hanya manusia biasa, kan ? Tapi sikit2 cukup lah. Yg paling penting, apakah tindakan kita seterusnya ? Pendapat peribadi saya...pertama, kita kena jaga HUTANG syarikat. Klu boleh settle cepat, lagi bagus. Sebab kalau keadaan tak pulih dalam masa terdekat, silap2 perniagaan k...

Macam mana nak jual?

Last nite i was chit chatting with a real estate agent and he was asking for my opinion on selling. Im sure in dis room there are a few property agent. Well...may be u can share some thoughts on ur selling process/technics. Boleh kita belajar sama2. My opinion, when u sell u hv to go in dis order: 1. Why 2. How 3. What People need to know why dey shld buy ur product (or property) - WHY. Means, what can it solve hence da benefit of ur prods to dem - HOW. Then comes ur prods - WHAT I was in Property & Resort Development  since 2005-2012...whenever we sell a home or land...we never start with da products. We always start with A DREAM. We sell dem a dream and/or what can dey achieve - WHY. To achieve da dream may be u can start talking abt da amenities, facilities, surrounding areas, etc - HOW. Alas, now dat dey knw da dream and how to achieve it...then comes ur prod - WHAT. If u juz show dem a piece of land...silap2 hutan semak pun tak clear lagi. By da loo...

4 Tips Kekal Produktif

Image
Setiap hari mesti ada progres. Walaupun kita cuma buat satu atau dua benda yang produktif untuk perniagaan kita. Ini akan membantu untuk kita melangkah setapak demi setapak ke arah mencapai matlamat dan kejayaan perniagaan kita. Dalam video ini akan dikongsikan 4 tips untuk kita kekal produktif. Ikuti perkembangan program Learn-2-Win di http://www.bigniaga.com/VIPlist Rujukan: Learn-2-Win #5: Tips Mula Berniaga https://youtu.be/p-eco9472c0 Learn-2-Win #2: Sebab Anda Belum Bersedia Jadi Usahawan https://youtu.be/LsxgOdCyRzQ

Tak ada duit pun boleh berniaga...

Image
Persepsi popular dikalangan ramai orang ialah tiada wang tak boleh berniaga. Disebabkan ini, ramai orang yang berhasrat nak mula berniaga tak jadi. Video ini akan menghuraikan 5 Modal Perniagaan yang kita boleh pakai untuk memulakan sesebuah perniagaan. Tak semestinya nak mula berniaga perlu ada wang.

Jangan mulakan bisnes sebelum tengok video ni..

Image
Ramai orang yang mula nak berniaga, tertanya2 apakah yang patut tahu atau apakah yang patut dibuat sebelum berniaga. Ada juga yang masih takut2 untuk memulakan bisnes. Dalam video Tips Mula Berniaga ini akan dipaparkan beberapa tips yang perlu anda ketahui sebelum memulakan bisnes anda.

PELANGGAN TAK PUAS HATI!!

Image
Ramai usahawan lebih fokus kepada pengurusan perniagaan ataupun kepada produk2 mereka sampai kepuasan pelanggan diabaikan. Pelanggan akan bayar untuk produk2 kita dan ini juga akan menetukan turun naik perniagaan kita. Jadi amat penting untuk kita ambil tahu kepuasan pelanggan kita. Boleh juga kita gunakan info ni untuk penambahbaikkan perniagaan kita.

Kenapa selalu mula dengan MINDSET?

Image
Kadang2 kita terlepas pandang apa yang lebih penting apabila kita mahu mula berniaga. Mindset yang baik akan membentuk kita untuk menjadi seorang usahawan yang lebih berkualiti dan seterusnya akan membuatkan bisnes kita pun berkualiti.

5 Tanda-tanda Anda Belum Bersedia Jadi Bisnesman

Image
Sebelum bertukar karier menjadi seorang usahawan, ada baiknya kita cek dulu beberapa perkara. Dalam video ini dikongsikan lima tanda2 yang menunjukkan kita belum bersedia untuk menjadi seorang usahawan. Tak salah untuk bermimpi indah, tapi jangan sampai mimpi itu menjadi satu mimpi ngeri dalam hidup kita. Saksikan video ini.

Merancang perancangan...

Salam usahawan luar biasa! Apa saja yang ingin kita lakukan, kita mesti merancang untuknya. Termasuk juga dengan bisnes. Memang bagus untuk sesebuah bisnes ada perancangan supaya, setidak2nya, kita tahu apa yang harus dibuat mengikut peringkat atau masanya. Tapi, ia tidak bagus apabila :- Kita terlalu memikirkan sesuatu perancangan, terlalu terperinci,  sehinggakan kita tak buat apa2 langsung akhirnya. Ataupun kita nak tunggu sampai kita dapat satu "perfect plan". Perancangan bisnes "atas kertas" memang cantik ataupun boleh menjadi perfect. Tapi, sebaik2 perancangan ialah apabila kita mulakan bisnes tu. Kalau kita tak mula, kita tak akan tahu samada perancangan tu benar2 bagus seperti yang kita sangkakan ataupun tidak. Jadi, buat satu perancangan dan ambil tindakan untuk memulakan bisnes anda. Lepas tu, bila bisnes dah mula dan berjalan kita boleh tengok balik, ok tak perancangan kita tu dan kita tambahbaikkan mengikut keadaan. Baru la kita boleh dapat satu p...

Rahsia Untuk Menjadi Manusia Hebat

Image

Berniaga: cerita lain, jadiknye lain...

Assalamualaikum geng.  Ni nak habaq bagi...Mesti kita pernah masuk satu kedai atau restoran di mana banyak benda diorang jual tapi tak semua ada. Masuk kedai tomyam, tapi semangkuk tomyam pun tak jual! Haaah camana tu!? BUKU MENU Kengkadang tu ada restoran, menu diorang dah boleh buat buku. 4-5 mukasurat. Tapi bila kita mintak... "Maaf encik, hari ni mee bandung tak ada" Terpaksa kita tukar selera, mintak benda lain.. "Maaf encik, mee siam pun tak ada" Habis korang ni nak berniaga ke tidak ? Kengkadang tu, makanan keistimewaan diorang pun boleh tak ada. Kita kena ingat, terutamanya kalau kita terkenal dengan menu tu, tolong pastikan ianya sentiasa ada. Itu identiti bisnes kita. Mesti ramai pelanggan yang datang ke kedai kita akan cari makanan tu. Kalau asyik tak ada je, sorry la, lepas ni diorang akan malas nak datang lagi. Kadang2 tak perlu menu banyak2. Lagi banyak menu, lagi banyak stok kena beli. Dan kalau geng dapur...

Buat Duit: Nak buat bisnes, tapi bisnes apa?

(updated: 15 Julai 2016) Ada entri saya yang lepas, Masa Depan Anda, Pilihan Anda di mana saya ada mencadangkan untuk berniaga sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan tahap kewangan. Saya dah berjumpa ramai orang yang nak berniaga tapi tak tahu nak meniaga apa. Dulu masa saya nak mula berniaga pun, tercari2 jugak idea nak berniaga. Cadangan yang paling mudah ialah mula berniaga dengan apa yang kita suka buat. Kata lah kita suka main golf, mungkin kita boleh mula dengan buat driving range  atau kedai menjual barang kelengkapan golf. Ini adalah lebih baik kerana bisnes memerlukan minat. Ataupun, kita boleh berniaga dengan apa yang kita pandai. Setiap orang mesti ada kelebihan masing2, jadi apakah kelebihan anda? Mungkin anda pandai bermain alat muzik, jadi kita boleh mula dengan kelas latihan alat muzik. Seterusnya, kita kena menilai rancangan perniagaan kita tu samada kena tak dengan, sebagai contoh, kemampuan, lokasi ataupun komuniti kita. Kalau kita nak buka...

Berniaga: Mentor menti...

Image
Assalam geng! Dah lama pulak tak ber-blogging nih! Harap2 korang dan bisnes korang sihat2 hendaknya. Cerita hari ni...nak buat bisnes TAK BOLEH JALAN SOLO. Boleh tu boleh...tapi payah la sikit. Ada satu pepatah yang berbunyi... "If you want to go fast, go alone. If you want to go far, go together" Haaa..maksudnya, kalau kita nak pergi jauh..kena berjemaah gitu! Hehe Bisnes perlukan (dan tak terhad kepada): 1. Rakan niaga. Tak kesah lah rakan niaga dalam bisnes atau bisnes lain yang menjadi 'rakan niaga' bisnes kita. Yang ni dipanggil strategic partner. 2. Jaringan sales. Ini akan menentukan net worth bisnes kita. Lagi besar jaringan sales kita maka lagi sedap la kita berbisnes. 3. Mentor. Seorang yang berpengalaman lebih daripada kita dalam arena bisnes dan terutamanya dalam bidang bisnes kita. Tapi kali ni, kita nak sentuh mengenai nombor 3. Setiap usahawan perlukan seorang MENTOR. Kenapa, kau kata..? Sebab h...

Berniaga: Boleh tahan ke tak boleh tahan...?

Image
Tak semua usahawan akan mempunyai jalan senang untuk berjaya. Cabaran demi cabaran. Dugaan demi dugaan.  Tanya lah semua orang yang berjaya menjadi ZERO TO HERO . Pernah tak mereka berasa susah? Pernah tak mereka jatuh ditimpa tangga? Mesti ada! Tak percaya? Pegi la tanya diorang! Mesti ada yang menangis dalam senyuman.  Mesti ada yang dah sampai jalan buntu dan rasa macam nak menyerah kalah. Mesti ada yang jual rumah, jual kereta, nasib baik tak jual maruah je. dan bermacam2 lagi... Tak ada siapa akan kata buat bisnes ni senang. Kalau ada, memang ada kabel baik nya la tu. Hahaha. Kalau senang, mesti ramai gila millionaire  atau billionaire. Topik yang nak dikongsikan kali ini ialah... ENDURANCE atau daya ketahanan. Adakah anda mempunyai  endurance  untuk menjadi seorang usahawan?? Kita kena kekalkan tahap endurance kita 100%. Dari awal sampai jadi. Biarlah apa yang datang sekali pun..kita patut teruskan apa yang diusaha...

Peluang perniagaan: Masa depan anda, pilihan anda...

Image
Assalam... Hari ni saya nak sentuh sikit pasal MASA DEPAN KITA. Sebab, ada kawan2 yang terutamanya berada di kalangan berpendapatan rendah yang 'redha' dengan keadaan semasa TANPA mahu berusaha untuk memperbaikinya. Pastu kalau ada kawan2 lain yang lebih berjaya, mula la diorang nak #jeles. Sering saya dengar rintihan2 mereka...tak cukup wang untuk anak bersekolah, tak cukup wang untuk bayar sewa rumah...itu ini, dan begitu begini. Tapi bila ditanya, apa yang mereka ingin lakukan untuk menyelesaikan masalah2 itu...jawapannya..."entah!" (tak tahu). Soalan saya.... KENAPA??  KENAPA MESTI AKUR DENGAN KEADAAN? KENAPA MESTI BERSERAH KALAH SEBELUM KELUAR BERPERANG? Ya, redha memang bagus dan seterusnya bersyukur seadanya. Tapi Tuhan pun suruh hambanya sentiasa berusaha untuk mengejar hal2 dunia DAN akhirat. Kena balance . Maaf kalau salah...bunyinye seperti ini... "Kejar dunia seperti anda akan hidup 100 tahun lagi, kejar akhirat sepe...

Berniaga: Dengar tak...??

Image
Dengar....nak dengar apa? Adakah anda mendengar apa yang pelanggan anda mahukan atau perlukan? Kita nak berniaga, jangan syok sendiri je. Jangan kita jual benda yang kita suka saja. Apa yang kita suka, tak semestinya pelanggan kita pun suka. Betul tak?  Satu bisnes yang baik dan yang berdaya saing dan mampan ialah satu bisnes yang menjual produk atau servis yang akan membantu menyelesaikan masalah orang lain. Maksudnya, apa yang diorang hendak atau perlukan, itulah kita jual. Ini yang best! Nak menjual pun dah tak jadi susah. Jadi kita perlu mendengar pasaran atau pelanggan kita,  Ibarat seperti MENJUAL AIR KEPADA ORANG YANG HAUS. Contoh, kita menjual mee rebus kepada orang yang lebih gemarkan spaghetti. Dia nak beli tak mee rebus kita??  Tentu tidak! Habis air liur dah kita dok cite betapa sedapnye mee rebus kita, tapi kalau dia dah tak berminat, sampai ke sudah pun dia tak akan beli (tapi ada jugak kes jurujual yang pandai berkata2, akhirnya...

Buat Duit: Yang mana satu..?

Image
Bila ditanya...ramai jugak yang nak jadi businessman. Tapi...ciri2 businessman seperti mana kah anda..? Tahu tak ada dua ciri businesman iaitu PENIAGA dan USAHAWAN..? Ahaa..ramai orang tak tahu atau tak sedar yang ada perbezaan di antara kedua2 ciri tersebut. Seorang peniaga ialah seorang businessman (atau businesswoman) jugak. Tapi, seorang peniaga hanya menjual produk atau servis keluarannya (atau barangan keluaran orang lain) sekadar untuk mendapat pendapatan setiap bulan. Setiap hari setiap malam aktiviti yang sama. Peniaga akan berniaga untuk keperluan diri sendiri sahaja. Habis...usahawan??? Usahawan juga seorang businessman. Sama juga seperti seorang Peniaga...mereka juga menjual produk atau servis untuk mendapatkan pendapatan setiap bulan. Jadi, apa bezanya?? Seorang usahawan akan terus mencari jalan dan berusaha untuk mengembangkan lagi perniagaannya dan tidak akan mahu untuk berada pada takuk yang sama. Mungkin dengan menambah produk atau servis jualan. Mun...