Posts

Showing posts with the label izaiha

Jutawan dan Stokin lama

Lagi kaya, lagi kedekut.. Mintak Allah hindarkan kita daripada perangai camni...amiin. Banyak kelebihan kepada kita kalau kita selalu memberi. Nabi kita lebih suka kepada orang yang memberi daripada yang menerima.  Hari ni saya nak petik sikit sebuah kisah yang saya dapat daripada satu ceramah  Ustaz Elyas Ismail . Tajuk cerita ialah Jutawan dan stokin lama  (versi saya). Seorang hamba Allah yang kaya raya sedang sakit dan tahu yang beliau tidak akan hidup lama lagi dan memberitahu anak2nya... "Apabila ayah meninggal nanti, sarungkanlah stokin lama pada jenazah ayah." Anak2nya bersetuju dalam kehairanan. Tapi mereka mengiakan saja permintaan ayah mereka itu. Selang beberapa bulan, ayah mereka meninggal dunia. Selepas jenazah dimandikan dan sebelum dikapankan, anak2nya teringatkan permintaan ayah mereka dan meminta izin dari Ustaz yang sedang menguruskan jenazah itu untuk disarungkan stokin. Ustaz itu terkejut dan berkeras mengatakan ia tak boleh dilakukan...

Hi Guys!

Image
Assalam dan salam sejahtera. Terima kasih sebab datang menjenguk blog saya. Siapa saya? Member2 panggil saya Ijai. Sudah 20 tahun menjadi seorang usahawan. Banyak juga la bidang yg dah saya ceburi seperti IT, broadcasting, trading, F&B, property development, dan construction. Itu nak cuba, ini nak cuba...yang tu tak jadi, yang ini pula jadi. Haa...camana tu?  Macam2 hal, macam2 cabaran dan dugaan yang saya dah tempuh. Ada yang bagi saya seronok...ada jugak yang buat saya rasa menyesal, ada kalanya buat saya rasa macam manusia yang tak berguna.  Banyak benda2 dan ilmu2 yang saya pelajari dan praktikkan dalam mengharungi ranjau2 perniagaan ni...yg membuatkan saya masih bergelar seorang usahawan....Alhamdulillah! Jadi saya rasa, blog ini dapat menjadi medium untuk saya berkongsi cerita, pengalaman, dan juga ilmu2 yang saya pelajari dari sifu2 perniagaan di luar sana. Mana la tau dapat membantu kawan2 terutamanya mereka2 yang baru menceburi bidang keusahawanan ni, In Sha...