Posts

Showing posts with the label stokis

Jutawan dan Stokin lama

Lagi kaya, lagi kedekut.. Mintak Allah hindarkan kita daripada perangai camni...amiin. Banyak kelebihan kepada kita kalau kita selalu memberi. Nabi kita lebih suka kepada orang yang memberi daripada yang menerima.  Hari ni saya nak petik sikit sebuah kisah yang saya dapat daripada satu ceramah  Ustaz Elyas Ismail . Tajuk cerita ialah Jutawan dan stokin lama  (versi saya). Seorang hamba Allah yang kaya raya sedang sakit dan tahu yang beliau tidak akan hidup lama lagi dan memberitahu anak2nya... "Apabila ayah meninggal nanti, sarungkanlah stokin lama pada jenazah ayah." Anak2nya bersetuju dalam kehairanan. Tapi mereka mengiakan saja permintaan ayah mereka itu. Selang beberapa bulan, ayah mereka meninggal dunia. Selepas jenazah dimandikan dan sebelum dikapankan, anak2nya teringatkan permintaan ayah mereka dan meminta izin dari Ustaz yang sedang menguruskan jenazah itu untuk disarungkan stokin. Ustaz itu terkejut dan berkeras mengatakan ia tak boleh dilakukan...

Berniaga: cerita lain, jadiknye lain...

Assalamualaikum geng.  Ni nak habaq bagi...Mesti kita pernah masuk satu kedai atau restoran di mana banyak benda diorang jual tapi tak semua ada. Masuk kedai tomyam, tapi semangkuk tomyam pun tak jual! Haaah camana tu!? BUKU MENU Kengkadang tu ada restoran, menu diorang dah boleh buat buku. 4-5 mukasurat. Tapi bila kita mintak... "Maaf encik, hari ni mee bandung tak ada" Terpaksa kita tukar selera, mintak benda lain.. "Maaf encik, mee siam pun tak ada" Habis korang ni nak berniaga ke tidak ? Kengkadang tu, makanan keistimewaan diorang pun boleh tak ada. Kita kena ingat, terutamanya kalau kita terkenal dengan menu tu, tolong pastikan ianya sentiasa ada. Itu identiti bisnes kita. Mesti ramai pelanggan yang datang ke kedai kita akan cari makanan tu. Kalau asyik tak ada je, sorry la, lepas ni diorang akan malas nak datang lagi. Kadang2 tak perlu menu banyak2. Lagi banyak menu, lagi banyak stok kena beli. Dan kalau geng dapur...

Buat Duit: Nak buat bisnes, tapi bisnes apa?

(updated: 15 Julai 2016) Ada entri saya yang lepas, Masa Depan Anda, Pilihan Anda di mana saya ada mencadangkan untuk berniaga sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan tahap kewangan. Saya dah berjumpa ramai orang yang nak berniaga tapi tak tahu nak meniaga apa. Dulu masa saya nak mula berniaga pun, tercari2 jugak idea nak berniaga. Cadangan yang paling mudah ialah mula berniaga dengan apa yang kita suka buat. Kata lah kita suka main golf, mungkin kita boleh mula dengan buat driving range  atau kedai menjual barang kelengkapan golf. Ini adalah lebih baik kerana bisnes memerlukan minat. Ataupun, kita boleh berniaga dengan apa yang kita pandai. Setiap orang mesti ada kelebihan masing2, jadi apakah kelebihan anda? Mungkin anda pandai bermain alat muzik, jadi kita boleh mula dengan kelas latihan alat muzik. Seterusnya, kita kena menilai rancangan perniagaan kita tu samada kena tak dengan, sebagai contoh, kemampuan, lokasi ataupun komuniti kita. Kalau kita nak buka...

Berniaga: Mentor menti...

Image
Assalam geng! Dah lama pulak tak ber-blogging nih! Harap2 korang dan bisnes korang sihat2 hendaknya. Cerita hari ni...nak buat bisnes TAK BOLEH JALAN SOLO. Boleh tu boleh...tapi payah la sikit. Ada satu pepatah yang berbunyi... "If you want to go fast, go alone. If you want to go far, go together" Haaa..maksudnya, kalau kita nak pergi jauh..kena berjemaah gitu! Hehe Bisnes perlukan (dan tak terhad kepada): 1. Rakan niaga. Tak kesah lah rakan niaga dalam bisnes atau bisnes lain yang menjadi 'rakan niaga' bisnes kita. Yang ni dipanggil strategic partner. 2. Jaringan sales. Ini akan menentukan net worth bisnes kita. Lagi besar jaringan sales kita maka lagi sedap la kita berbisnes. 3. Mentor. Seorang yang berpengalaman lebih daripada kita dalam arena bisnes dan terutamanya dalam bidang bisnes kita. Tapi kali ni, kita nak sentuh mengenai nombor 3. Setiap usahawan perlukan seorang MENTOR. Kenapa, kau kata..? Sebab h...

Berniaga: Boleh tahan ke tak boleh tahan...?

Image
Tak semua usahawan akan mempunyai jalan senang untuk berjaya. Cabaran demi cabaran. Dugaan demi dugaan.  Tanya lah semua orang yang berjaya menjadi ZERO TO HERO . Pernah tak mereka berasa susah? Pernah tak mereka jatuh ditimpa tangga? Mesti ada! Tak percaya? Pegi la tanya diorang! Mesti ada yang menangis dalam senyuman.  Mesti ada yang dah sampai jalan buntu dan rasa macam nak menyerah kalah. Mesti ada yang jual rumah, jual kereta, nasib baik tak jual maruah je. dan bermacam2 lagi... Tak ada siapa akan kata buat bisnes ni senang. Kalau ada, memang ada kabel baik nya la tu. Hahaha. Kalau senang, mesti ramai gila millionaire  atau billionaire. Topik yang nak dikongsikan kali ini ialah... ENDURANCE atau daya ketahanan. Adakah anda mempunyai  endurance  untuk menjadi seorang usahawan?? Kita kena kekalkan tahap endurance kita 100%. Dari awal sampai jadi. Biarlah apa yang datang sekali pun..kita patut teruskan apa yang diusaha...

Peluang perniagaan: Masa depan anda, pilihan anda...

Image
Assalam... Hari ni saya nak sentuh sikit pasal MASA DEPAN KITA. Sebab, ada kawan2 yang terutamanya berada di kalangan berpendapatan rendah yang 'redha' dengan keadaan semasa TANPA mahu berusaha untuk memperbaikinya. Pastu kalau ada kawan2 lain yang lebih berjaya, mula la diorang nak #jeles. Sering saya dengar rintihan2 mereka...tak cukup wang untuk anak bersekolah, tak cukup wang untuk bayar sewa rumah...itu ini, dan begitu begini. Tapi bila ditanya, apa yang mereka ingin lakukan untuk menyelesaikan masalah2 itu...jawapannya..."entah!" (tak tahu). Soalan saya.... KENAPA??  KENAPA MESTI AKUR DENGAN KEADAAN? KENAPA MESTI BERSERAH KALAH SEBELUM KELUAR BERPERANG? Ya, redha memang bagus dan seterusnya bersyukur seadanya. Tapi Tuhan pun suruh hambanya sentiasa berusaha untuk mengejar hal2 dunia DAN akhirat. Kena balance . Maaf kalau salah...bunyinye seperti ini... "Kejar dunia seperti anda akan hidup 100 tahun lagi, kejar akhirat sepe...

Berniaga: Dengar tak...??

Image
Dengar....nak dengar apa? Adakah anda mendengar apa yang pelanggan anda mahukan atau perlukan? Kita nak berniaga, jangan syok sendiri je. Jangan kita jual benda yang kita suka saja. Apa yang kita suka, tak semestinya pelanggan kita pun suka. Betul tak?  Satu bisnes yang baik dan yang berdaya saing dan mampan ialah satu bisnes yang menjual produk atau servis yang akan membantu menyelesaikan masalah orang lain. Maksudnya, apa yang diorang hendak atau perlukan, itulah kita jual. Ini yang best! Nak menjual pun dah tak jadi susah. Jadi kita perlu mendengar pasaran atau pelanggan kita,  Ibarat seperti MENJUAL AIR KEPADA ORANG YANG HAUS. Contoh, kita menjual mee rebus kepada orang yang lebih gemarkan spaghetti. Dia nak beli tak mee rebus kita??  Tentu tidak! Habis air liur dah kita dok cite betapa sedapnye mee rebus kita, tapi kalau dia dah tak berminat, sampai ke sudah pun dia tak akan beli (tapi ada jugak kes jurujual yang pandai berkata2, akhirnya...

Buat Duit: Yang mana satu..?

Image
Bila ditanya...ramai jugak yang nak jadi businessman. Tapi...ciri2 businessman seperti mana kah anda..? Tahu tak ada dua ciri businesman iaitu PENIAGA dan USAHAWAN..? Ahaa..ramai orang tak tahu atau tak sedar yang ada perbezaan di antara kedua2 ciri tersebut. Seorang peniaga ialah seorang businessman (atau businesswoman) jugak. Tapi, seorang peniaga hanya menjual produk atau servis keluarannya (atau barangan keluaran orang lain) sekadar untuk mendapat pendapatan setiap bulan. Setiap hari setiap malam aktiviti yang sama. Peniaga akan berniaga untuk keperluan diri sendiri sahaja. Habis...usahawan??? Usahawan juga seorang businessman. Sama juga seperti seorang Peniaga...mereka juga menjual produk atau servis untuk mendapatkan pendapatan setiap bulan. Jadi, apa bezanya?? Seorang usahawan akan terus mencari jalan dan berusaha untuk mengembangkan lagi perniagaannya dan tidak akan mahu untuk berada pada takuk yang sama. Mungkin dengan menambah produk atau servis jualan. Mun...