Jutawan dan Stokin lama
Lagi kaya, lagi kedekut.. Mintak Allah hindarkan kita daripada perangai camni...amiin. Banyak kelebihan kepada kita kalau kita selalu memberi. Nabi kita lebih suka kepada orang yang memberi daripada yang menerima. Hari ni saya nak petik sikit sebuah kisah yang saya dapat daripada satu ceramah Ustaz Elyas Ismail . Tajuk cerita ialah Jutawan dan stokin lama (versi saya). Seorang hamba Allah yang kaya raya sedang sakit dan tahu yang beliau tidak akan hidup lama lagi dan memberitahu anak2nya... "Apabila ayah meninggal nanti, sarungkanlah stokin lama pada jenazah ayah." Anak2nya bersetuju dalam kehairanan. Tapi mereka mengiakan saja permintaan ayah mereka itu. Selang beberapa bulan, ayah mereka meninggal dunia. Selepas jenazah dimandikan dan sebelum dikapankan, anak2nya teringatkan permintaan ayah mereka dan meminta izin dari Ustaz yang sedang menguruskan jenazah itu untuk disarungkan stokin. Ustaz itu terkejut dan berkeras mengatakan ia tak boleh dilakukan...